v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Peminat China Beri Tumpuan terhadap Bola Sepak Piala Dunia 2006
2006-06-15 15:29:03 CRI

Bola Sepak Piala Dunia 2006 telah dirasmikan di Jerman pada 9 Jun. Walaupun pasukan China tidak dapat melayakkan diri dalam pertandingan tersebut, akan tetapi keghairahan peminat bola sepak China tidak terjejas. Tanpa mengira orang awam atau pun pemimpin negara masing-masing memberi tumpuan terhadap Bola Sepak Piala Dunia 2006.

"Saya harus menyatakan bahawa saya seorang peminat bola sepak. Saya ingin sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Piala Dunia 2006 yang berlansung di Jerman dan berharap semoga pertandingan tersebut berjaya diadakan. Saya berharap Jerman bernasib baik. Di China terdapat ramai peminat bola sepak. Mereka tentu akan memberi tumpuan terhadap Bola Sepak Piala Dunia 2006 dan tentu ada ramai peminat yang menonton pertandingan tersebut sehingga larut malam, saya merupakan salah seorang antara mereka."

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao semasa menemui Canselor Jerman Angela Merkel iaitu negara tuan rumah Piala Bolak Sepak Dunia 2006 baru-baru ini.

Piala Bolak Sepak Dunia 2006 yang diadakan di Jerman pada 9 Jun hingga 9 Julai menarik perhatian peminat bola sepak yang berasal daripada bangsa dan agama yang berlainan. Antaranya termasuklah peminat China.

Encik Cheng Degang yang berumur 26 tahun merupakan salah seorang peminat bola sepak di China. Beliau merupakan penyokong pasukan Itali. Encik Cheng berkata bahawa beliau suka akan pasukan Itali semasa menonton pertandingan pasukan Itali pada tahun 1986. Piala Dunia Bola Sepak 1990 diadakan di Itali, persembahan bintang sukan Reberto Baggio, Franco Baresi dan lain-lain yang bagus begitu mempesonakan Encik Cheng. Semasa diwawancara oleh wartawan kami, beliau memakai pakaian pasukan Itali yang berwarna biru dan turut memakai gelang tangan yang terdiri daripada warna merah, putih dan hijau yang melambangkan bendera kebangsaan Itali. Beliau berkata, "Tidak kira sama ada pasukan China menyertai pertandingan itu atau tidak, saya tentu akan menonton Piala Dunia 2006. Sejak tahun 1986, Piala Dunia telah menjadi rutin kehidupan saya sama seperti makan dan minum."

Sebenarnya terdapat ramai peminat bola sepak yang sama seperti Encik Cheng di China. Mereka menyokong pasukan yang berbeza. Sempena berlangsungnya Bola Sepak Piala Dunia, Kejohanan Eropah dan pertandingan penting yang lain, mereka akan menonton pertandingan yang disertai oleh pasukan yang diminati sendiri oleh mereka.

Encik Cheng berkata bahawa walaupun taraf kehebatan pasukan China lebih rendah, akan tetapi taraf pengetahuan peminat China tentang teknik bola sepak agak tinggi. Ramai peminat bola sepak seperti Encik Cheng menguasai kesemua keadaan pasukan yang diminati sendiri oleh mereka. Bola Sepak Piala Dunia yang diadakan empat tahun sekali itu merupakan perkara yang amat menggembirakan bagi para peminat. Disebabkan oleh perbezaan masa, kesemua pertandingan Piala Dunia tersebut boleh diikuti pada sebelah malam waktu tempatan Beijing.

Kegemaran atau minat orang terkenal adalah sama dengan orang biasa. Atlet acara skating berirama terkenal China Tong Jian menyatakan bahawa asalkan tidak menjejaskan latihan, beliau akan tetap menonton pertandingan pada larut malam. Beliau berkata, "Saya berminat akan pasukan England dan pasukan Argentina. Saya berpendapat bahawa pasukan Brazil berkemungkinan besar menjadi johan, kadarnya lebih kurang 55%. Pasukan Perancis dan pasukan Jerman juga sangat hebat."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |