v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Timba Pengalaman daripada Bola Sepak Piala Dunia
2006-06-22 11:27:53 CRI

Bola Sepak Piala Dunia 2006 sedang diadakan di Jerman. Bola Sepak Piala Dunia yang diadakan empat tahun sekali merupakan acara pertandingan bola sepak peringkat tertinggi di dunia. Walaupun pasukan bola sepak China tidak berkelayakan dalam pertandingan tersebut, akan tetapi pegawai dalam arena bola sepak China tidak menghentikan usaha. Mereka menggunakan peluang Piala Dunia yang berharga menimba pengalaman.

Walaupun pasukan bola sepak China tidak berkelayakan dalam pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2006, akan tetapi dalam tempoh pertandingan tersebut, Persatuan Bola Sepak China menghantar kumpulan penyeliaan yang terdiri daripada lebih 50 orang yang dibahagikan kepada enam kumpulan pergi ke Jerman untuk menonton pertandingan dan menimba pengalaman.

Kumpulan pertama yang diketuai oleh Naib Pengerusi Persatuan Bola Sepak China Encik Yang Yimin telah pergi ke Munich, Hamburg dan Nuremburg bagi menonton pertandingan antara pasukan Jerman dengan pasukan Costa Rica, pertandingan antara pasukan Argentina dengan pasukan Cote d'Ivoire dan pertandingan antara pasukan Mexico dengan pasukan Iran. Naib Pengarah Jabatan Pertandingan Liga Persatuan Bola Sepak China Ma Quancheng berkata, "Kami telah menonton beberapa pertandingan. Kami mendapati bahawa prestasi pasukan bola sepak negara Eropah dan Amerika Selatan meningkat dan prestasi pasukan bola sepak Afrika turut meningkat dengan ketara. Sukan Olimpik Beijing 2008 merupakan peluang bagi pasukan bola sepak China. Kami harus berusaha bersungguh-sungguh dari sekarang agar dapat bertanding dengan negara bola sepak yang hebat pada masa itu."

Anggota delegasi China telah mencacat keadaan pertandingan tersebut dengan teliti dan mengkaji peraturan jurulatih dalam pertandingan. Mereka berpendapat bahawa keunikan tersendiri merupakan perkara yang amat penting bagi pasukan bola sepak. Pasukan Jerman dan pasukan Argentina mewarisi keunikan pasukan mereka sendiri dan pasukan Jepun dan Republik Korea turut membentuk keunikan tersendiri. Akan tetapi pasukan China tidak mempunyai keunikan sendiri. Persatuan Bola Sepak China harus menetapkan cadangan perkembangan teknik yang lebih jelas bagi pasukan bola sepak China pada masa depan dan mengekalkan cadangan itu. Ma Chengquan berkata, "Saya mendapati bahawa keunikan pasukan dewasa dan keunikan pasukan bola sepak remaja dari negara Eropah dan Amerika agak sama. Akan tetapi keunikan pasukan bola sepak dewasa dan keunikan pasukan bola sepak remaja China tidak sama. Kami akan mempertimbangkan masalah itu semasa memilih jurulatih pada masa depan dan berusaha menyamai keunikan pasukan dewasa dan pasukan remaja."

Dalam tempoh tinjauan tersebut, delegasi China bukan sahaja menonton pertandingan, tetapi juga mengadakan perhubungan dengan tokoh-tokoh arena bola sepak yang berada di Jerman. Bekas ketua jurulatih pasukan Switzerland Christian Gross menyatakan bahawa beliau memperhatikan persembahan pasukan China semsa pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2002. Beliau berpendapat bahawa pasukan China merupakan salah sebuah pasukan yang hebat di Asia. Beliau menyatakan bahawa terdapat ramai pemain pasukan Jepun dan pasukan Republik Korea yang menyertai di pasukan kelab bola sepak negara asing, akan tetapi pemain China kurang berpeluang menyertai pertandingan liga peringkat tinggi di Eropah. Beliau berkata, "Saya menonton persembahan pasukan China dalam Piala Dunia yang diadakan pada empat tahun yang lalu. Sekarang pasukan China tidak begitu hebat berbanding dengan empat tahun yang lalu. Saya berpendapat bahawa pemain China harus menimba pengalaman di luar negara yang berperingkat tinggi dalam acara bola sepak. Tindakan tersebut amat berfaedah bagi seluruh pasukan".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |