v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bola Sepak Piala Dunia Jerman Ukur Prestasi Pasukan Asia
2006-06-29 11:58:53 CRI

Dalam tempoh yang panjang, pasukan dari negara Eropah dan Amerika merupakan peneraju utama dalam arena bola sepak dunia. Akan tetapi, pasukan Asia telah mencapai kemajuaan yang besar. Bola Sepak Piala Dunia 2006 yang diadakan di Jerman merupakan peluang bagi mengukur prestasi pasukan bola sepak Asia.

Dalam pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang diadakan di Republik Korea dan Jepun pada empat tahun yang lalu, pasukan bola sepak negara tuan rumah iaitu pasukan Republik Korea berjaya melayakkan diri ke peringkat pertandingan separuh akhir dan merupakan kejayaan bagi pasukan Asia yang paling cemerlang dalam pertandingan Piala Dunia. Pasukan Jepun turut memasuki tangga ke-16 teratas.

Dalam Bola Sepak Piala Dunia 2006 yang diadakan di Jerman, pasukan Asia telah hilang kelebihan sebagai tuan rumah dan persembahan mereka dalam pertandingan juga turut tidak memuaskan hati. Ketua pasukan Iran Sahrukhi Homallon menyatakan bahawa, "Persembahan pasukan Asia adalah baik. Walaupun pasukan Iran dan pasukan Jepun tidak mencapai kemenangan dalam pertandingan, akan tetapi tidak dapat dinafikan bahawa semua ini hanya disebabkan oleh kekalahan dalam pertandingan. Pasukan Iran mempersembahkan taraf sendiri yang paling tinggi yang tersendiri dalam pertandingan, kami hanya tidak bernasib baik."

Walaupun persembahan pasukan Asia dalam pertandingan kumpulan tidak begitu cemerlang berbanding dengan empat tahun yang lalu, akan tetapi kita harus mengakui bahawa kesemua pasukan Asia mencapai sekurang-kurangnya sekali seri dengan pasukan lawan dalam pertandingan. Kejayaan tersebut merupakan pertama kalinya yang dicapai oleh pasukan Asia dalam sejarah Piala Dunia. Dalam pertandingan Piala Dunia yang diadakan pada tahun 2002, walaupun persembahan pasukan Jepun dan Republik Korea amat baik, akan tetapi dua pasukan Asia yang lain iaitu pasukan China dan pasukan Arab Saudi tidak mencapai kemenangan dalam apa-apa pertandingan. Bertolak daripada bidang tersebut, kehebatan keseluruhan pasukan Asia telah meningkat.

Setakat ini, antara pasukan Asia persembahan pasukan Republik Korea adalah paling baik. Dalam pertandingan pertama, mereka mengalahkan pasukan Togo dengan mata 2:1 dan seri dengan pasukan Perancis dengan mata 1:1. Kejayaan tersebut menunjukkan bahawa kejayaan yang dicapai oleh pasukan Republik Korea dalam pertandingan Piala Dunia 2002 bukan sahaja bergantung kepada kelebihan sebagai tuan rumah, tetapi juga bergantung kepada kehebatan sendiri. Ketua pasukan Iran Sahrukhi Homallo memberi pernilaian bagi persembahan pasukan Republik Korea bahawa, "Pasukan Republik Korea merupakan pasukan Asia yang memberikan persembahan yang paling baik dalam pertandingan Piala Dunia Jerman. Perkara tersebut bukan di luar jangkaan saya. Pasukan Republik Korea dengan persembahan menunjukkan bahawa mereka merupakan wakil bagi pasukan bola sepak Asia."

Semasa memperkatakan bola sepak Asia, kita tidak boleh melupakan pasukan Australia. Persekutuan Bola Sepak Australia menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia pada tahun 2005, oleh itu, pasukan Australia dianggap sebagai pasukan Asia. Sahrukhi Homallon berpendapat bahawa kehebatan pasukan Australia tidak kurang hebatnya berbanding dengan pasukan hebat Eropah. Keganggotaan pasukan Australia dalam Persekutuan Bola Sepak Asia akan meningkatkan taraf keseluruhan pasukan Asia. Beliau berkata, "Keanggotaan pasukan Australia berfaedah bagi meningkatkan kehebatan pasukan Asia dan juga turut merupakan cabaran bagi pasukan Republik Korea, pasukan Jepun dan pasukan Iran."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |