v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Piala Dunia Wanita FIFA 2007 Diberi Tumpuan
2006-07-03 16:16:33 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, selepas berakhirnya Piala Dunia FIFA Jerman 2006, Piala Dunia Wanita FIFA yang diadakan di China pada tahun depan akan menjadi tumpuan utama dalam arena bola sepak dunia.

Presiden FIFA Joseph S Blatter semasa menerima wawancara berkata, Piala Dunia Wanita FIFA 2007 dan pertandingan bola sepak Sukan Olimpik 2008 yang akan diadakan di China merupakan 2 pertandingan FIFA yang amat penting dalam tempoh 2 tahun akan datang. Menurut kenyataannya, FIFA penuh keyakinan terhadap pihak penganjur China. "Kami mengekalkan hubungan erat dengan kerajaan China, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Persatuan Bola Sepak China. Saya yakin bahawa China akan berjaya menyelenggarakan kedua-dua pertandingan tersebut", kata Blatter.

Dalam tempoh Piala Dunia FIFA Jerman 2006, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak China Nan Yong selaku Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur Piala Dunia Wanita FIFA 2007 telah mengadakan tinjauan ke Jerman bersama-sama dengan rombongannya. Beliau menyatakan bahawa Persatuan Bola Sepak China dan bandar-bandar penganjur Piala Dunia Wanita FIFA 2007 akan berusaha menjayakan pertandingan tersebut.

Selain itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak China, Xie Yalong ketika diwawancara berkata, ini merupakan kali kedua bagi China untuk mengadakan Piala Dunia Wanita FIFA semenjak tahun 1991. Piala Dunia Wanita 2007 akan diadakan di Shanghai, Tianjin, Chengdu, Wuhan dan Hangzhou pada bulan September tahun 2007. Upacara perasmian dan penutupan itu akan diadakan di bandar Shanghai. Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat 16 pasukan bola sepak akan menyertai pertandingan peringkat akhir. Baru-baru ini, logo Piala Dunia Wanita dan bola yang akan digunakan dalam pertandingan tersebut telah diumumkan, manakala, kerja-kerja persiapan pertandingan itu sedang giat dijalankan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |