v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Adakan Pesta Sempena Sambutan Sukan Olimpik Beijing 2008
2006-07-06 10:52:03 CRI

Menganjurkan Sukan Olimpik bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan peluang pertandingan bagi para peserta, akan tetapi perkara yang lebih penting adalah untuk mempopularkan aktiviti sukan dan menarik lebih banyak penyertaan orang ramai bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kegembiraan. Tujuaan Pesta Kebudayaan Sukan Olimpik Beijing ke-4 yang diadakan baru-baru ini adalah untuk mempopularkan semangat Sukan Olimpik.

Lembaga Persahabatan Rakyat Beijing dengan Luar bekerjasama dengan badan yang lain telah mengadakan aktiviti bergembira ria kebudayaan dan kesukanan penduduk antarabangsa Beijing di Tembok Besar Beijing baru-baru ini. Aktiviti tersebut sebagai kompenen utama Pesta Kebudayaan Sukan Olimpik Beijing bagi menarik penyertaan ramai perwakilan penduduk Beijing, Duta Besar luar negara di China dan sahabat-sahabat luar negara.

Antara para peserta pada hari itu termasuklah anggota Persatuan Persahabatan Taici Jepun. Walaupun latar belakang kebudayaan tidak sama, akan tetapi sahabat-sahabat Jepun tersebut gemar akan acara riadah Taici.

Puan Taeri Hitai yang berumur 27 tahun merupakan seorang pekerja syarikat di Tokyo Jepun. Beliau telah bermain Taici selama tiga tahun. Pada mulanya, beliau membaca novel Kung fu semasa belajar bahasa Mandarin dan gemar akan Kung fu Taici dalam novel itu. Puan Taeri Hitai datang ke China dan mendapati banyak bangunan sedang dibina dan beliau boleh merasai suasana sambutan Sukan Olimpik Beijing. Beliau juga turut ternanti-nanti kedatangan Sukan Olimpik Beijing 2008, beliau berkata, "Rakyat Jepun penuh harapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008. Oleh sebab China merupakan negara jiran Jepun, perbezaan masa hanya satu jam, oleh itu kami boleh menikmati pertandingan pada setiap hari."

Ramai kawan-kawan luar negara sama seperti Taeri Hitai datang ke China untuk menyertai aktiviti tersebut merupakan salah satu keunikan aktiviti tersebut. Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Pusat Panduan Sukan Sosial Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Li Jie berkata,

"Salah satu keunikan aktiviti kali ini yang berbeza dengan aktiviti yang lain ialah menarik penyertaan ramai kawan-kawan dari luar negara. Kami bercadang bahawa riadah seluruh negara bagi sambutan Sukan Olimpik Beijing bukan sahaja berfaedah bagi rakyat China, tetapi juga bertujuan untuk menyediakan peluang beriadah bagi orang asing yang bekerja, berniaga dan pegawai-pegawai Kedutaan Besar di China. Usaha tersebut merupakan sumbangan Sukan Olimpik Beijing bagi rakyat pelbagai negara."

Encik Li menyatakan bahawa Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China dan Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing berusaha bersama-sama untuk mencipta suasana beriadah di seluruh negara sempena sambutan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Di tempat aktiviti tersebut diadakan, persembahan kipas Taici berjaya menarik sambutan ramai orang. Mereka terdiri daripada anggota Kumpulan Beriadah Orang Tua Daerah Fenglinyuzhou, kawasan Chaoyang Beijing. Walaupun mereka merupakan orang tua, akan tetapi dengan semangat yang kental dan gera-geri yang teratur telah mendapat tepukan gemuruh. Pakcik Wang merupakan salah seorang antara mereka. Pakcik Wang telah mengekalkan latihan pada setiap pagi sejak beberapa tahun. Beliau tinggal berdekatan dengan kampung Olimpik Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau berharap agar persembahan mereka boleh menunjukkan semangat rakyat China kepada kawan-kawan luar negara dan menunjukkan semangat penduduk Beijing kepada rakyat China di tempat lain. Sebagai seorang penduduk Beijing yang biasa, beliau menyampaikan harapan yang baik bagi Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata, "Saya berharap semoga Sukan Olimpik Beijing 2008 yang bakal dianjurkan menjadi sukan Olimpik yang paling baik dan bertaraf tinggi di dunia. Saya yakin Sukan Olimpik Beijing akan diadakan dengan jayanya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |