v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemain Tenis China Hampir dengan Johan Grand Slam
2006-07-13 10:23:28 CRI

Impian untuk menjadi johan dalam Pertandingan Grand Slam agak jauh bagi acara tenis China yang perkembangannya agak baru. Akan tetapi, dalam tempoh dua tahun iaitu antara tahun 2004 hingga tahun 2006, peminat acara tenis seluruh dunia mendapati bahawa pemain China semakin hampir dengan kejayaan tersebut. Dalam pertandingan akhir beregu wanita Kejohanan Terbuka Wimbledon yang berakhir pada 9 Julai waktu tempatan, pemain China Zheng Jie dan Yan Zi telah mengalahkan regu lawan dengan mata 2:1 dan buat pertama kalinya menjadi johan. Kejayaan tersebut merupakan Piala Grand Slam kedua yang diperoleh oleh mereka selain Pertandingan Terbuka Australia yang diadakan pada awal tahun ini.

Dalam Sukan Olimpik Athens 2004, pemain China Li Ting dan Sun Tiantian meraih pingat emas bagi acara tenis beregu wanita dan mengagumkan seluruh dunia dan turut menunjukkan kemajuan dan prestasi pemain China. Akan tetapi, perkara yang di luar jangkaan orang ramai ialah kemajuan pemain tenis China begitu pantas iaitu menjadi johan bagi pertandingan Grand Slam hanya dalam masa dua tahun.

Pertandingan Grand Slam terdiri daripada Pertandingan Tenis Terbuka Australia, Perancis, Britain dan A.S. Keempat-empat pertandingan tersebut merupakan pertandingan acara tenis yang bersejarah lama, bertaraf tinggi dan persaingan paling sengit serta mewakili taraf tertinggi bagi acara tenis di dunia. Dalam Pertandingan Tenis Terbuka Australia yang diadakan pada bulan Januari tahun ini, pemain China Zheng Jie dan Yan Zi telah menjadi johan acara beregu wanita. Mereka turut menjadi johan dalam Pertandingan Terbuka Wimbledon yang baru berakhir. Mereka mencapai kejayaan yang paling baik bagi pemain China dalam pertandingan Grand Slam.

Selepas Zheng Jie dan Yan Zi mencapai kejayaan tersebut, pihak media Eropah masing-masing mengeluarkan laporan dan menyanjung kejayaan yang dicapai oleh kedua-dua mereka. Wartawan CRI di Britain melaporkan perkara tersebut bahawa, "Sukan Eropah iaitu radio sukan yang paling besar di Eropah menerbitkan rencana bahawa 'Zheng Jie dan Yan Zi menjadi juara pemain China pertama dalam pertandingan tenis beregu wanita. Persembahan mereka menunjukkan kehebatan pemain China. China telah menjadi negara hebat dalam acara tenis beregu wanita. Arena antarabangsa harus mempertimbangkan semula pemain tenis China, mereka berjaya mencipta struktur acara tenis yang baru."

Bagi kejayaan yang dicapai oleh pemain China tersebut, ketua jurulatih pasukan kebangsaan China Jiang Hongwei di samping mengakui kejayaan mereka, turut melahirkan harapan bahawa pemain China boleh mengekalkan peralihan yang hebat itu. Beliau berkata, "Kedudukan acara beregu memasuki sepuluh teratas di dunia, acara perseorangan memasuki 30 teratas di dunia. Kejayaan tersebut merupakan pencapaian yang terbesar bagi China. Pemain China harus mengekalkan peralihan yang hebat tersebut."

Mengapa pemain China berjaya menjadi johan pertandingan Grand Slam dalam tempoh yang singkat? Mengambil bahagian dalam banyak pertandingan Persatuan Tenis Wanita Profesional WTA merupakan sebabnya. Pada masa dahulu, arena tenis antarabangsa mengakui bahawa prestasi pemain China adalah baik tetapi kekurangan pengalaman dalam menyertai pertandingan. Melalui penyertaan pertandingan pada tahun 2004 hingga tahun 2006, pemain China berjaya menambah pengalaman mereka. Pada masa dahulu, pemain hebat dunia enggan memilih pemain China sebagai rakan latihan mereka, akan tetapi pada masa ini, pemain tenis bertaraf tinggi termasuklah pemain Switzerland Martina Hingis suka berlatih bersama-sama dengan pemain China.

Sekarang kedudukan pemain China dalam arena pertandingan Grand Slam telah meningkat. Jurulatih Jiang Hongwei menegaskan bahawa kejayaan yang dicapai oleh pemain China bukanlah disebabkan secara kebetulan. Beliau berkata, "Pada masa dahulu, orang lain selalu menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh pemain China disebabkan secara kebetulan sehaja. Sekarang, kami mengubah unsur tersebut sebagai kehebatan yang sebenar."

Melalui persembahan dalam pertandingan Grand Slam pada tahun ini, pemain tenis China telah menunjukkan kehebatan mereka kepada seluruh dunia. Matlamat mereka adalah untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 dan menjadi juara dalam lebih banyak pertandingan Grand Slam.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |