v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Penembak China Buat Persiapan Bagi Sukan Olimpik Beijing 2008
2006-07-27 14:23:20 CRI

Sukan Olimpik ke-29 akan diadakan di Beijing dan bandar-bandar lain di China pada tahun 2008. Kini, semua pertandingan sukan sedang membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008.

Disebabkan oleh jumlah pasukan dan atlet yang mengambil bahagian dalam pertandingan Sukan Olimpik adalah terhad. Maka kesemua acara yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik harus diadakan ujian kelayakan dalam tempoh empat tahun sebelum Sukan Olimpik. Ini bertujuan untuk menetapkan mana-mana pasukan dan individu yang berjaya melayakkan diri dalam pertandingan Sukan Olimpik.

Dalam Sukan Olimpik Sydney 2000, Pasukan Penembak China memperoleh 26 kelayakan bagi menyertai pertandingan dan meraih 3 pingat emas. Dalam Sukan Olimpik 2004, mereka juga turut menghantar 26 atlet mengambil bahagian dalam pertandingan dan meraih 4 pingat emas. Selepas Sukan Olimpik Athens, Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa membatalkan dua acara menembak, sehubungan dengan itu, kelayakan penyertaan dalam acara menembak berkurang daripada 30 kepada 28. Sejak awal tahun 2005, Pasukan Penembak China telah mula berusaha untuk memperoleh kelayakan penyertaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Ketua jurulatih Pasukan Penembak China Wang Yifu menyatakan bahawa matlamat penyertaan dalam Kejohaan Dunia adalah untuk memperoleh kelayakan bagi menyertai Sukan Olimpik. Beliau berkata, "Matlamat utama kami pada tahun ini adalah untuk memperoleh kelayakan penyertaan dalam Sukan Olimpik. Kejohaan Dunia menyediakan peluang yang baik. Ditetapkan satu kelayakan dalam acara menembak dengan senapang angin lelaki dan dua kelayakan acara menembak meniarap lelaki. Kami berusaha memperoleh satu atau dua kelayakan tersebut. Kami juga turut mencapai kemajuan dalam acara menembak meniarap. Kejayaan tersebut amat berfaedah bagi persiapan Sukan Olimpik Beijing."

Kini, Pasukan Penembak China telah memperoleh 23 kelayakan penyertaan dalam Sukan Olimpik Beijing. Pemain China Ren Jie memperoleh kelayakan bagi menyertai acara pistol angin wanita Sukan Olimpik dalam pertandingan sampingan Kejohanan Dunia yang diadakan di bandar Guangzhou China pada awal tahun ini. Kelayakan tersebut merupakan kelayakan pertama yang diraih oleh Pasukan Penembak China dalam acara pistol angin wanita. Beliau berkata, "Saya sangat gembira memperoleh kelayakan tersebut. Saya selalu berkata kepada diri sendiri bahawa hasil bukanlah sesuatu yang dapat dikawal, akan tetapi saya boleh mengawal persembahan sendiri."

Dalam pelbagai pertandingan antarabangsa selepas itu, Pasukan Penembak China memperoleh kelayakan penyertaan lagi dalam acara menembak dengan senapang 50 meter wanita, menembak pinggan terbang lelaki dan lain-lain.

Walaupun persiapan bagi Pasukan Penembak China untuk Sukan Olimpik berjalan lancar dan telah memperoleh 23 kelayakan daripada 28 kelayakan keseluruhan. Namun, setakat ini, tidak ada sebarang pasukan yang berjaya memperoleh kesemua kelayakan, ketua jurulatih Pasukan Penembak China Wang Yifu menyatakan bahawa Pasukan Penembak China berusaha memperoleh lima kelayakan yang lain. Beliau berkata,

"Pasukan Penembak China berharap kami mencapai kejayaan dan tidak menetapkan jumlah kelayakan yang harus diperoleh. Akan tetapi kami berharap memperoleh kesemua kelayakan. Walaupun kami belum pasti untuk mencapainya, akan tetapi kami berusaha dengan bersungguh-sungguh."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |