v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Liu Xiang Cipta Rekod Dunia yang Baru
2006-07-17 14:47:29 CRI

Atlet China Liu Xiang berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan acara 110 meter lari berpagar lelaki Pertandingan Olahraga Antarabangsa Lausanne 2006 dengan kepantasan masa 12.88 saat pada 12 Julai dan memecah rekod dunia iaitu 13. 91 saat yang dicipta oleh Colin Jackson pada 13 tahun yang lalu.

Dalam pertandingan tersebut, pesaing Liu Xiang agak hebat. Atlet A.S. Terrence Trammell dan Dominique Arnold mencapai kejayaan yang baik dalam pertandingan sampingan Paris dan menduduki lorong lari kelima dan keempat iaitu lorong lari yang paling unggul. Ladji Doucoure, juara Kejohanan Dunia pada tahun lalu menduduki lorong lari ketiga. Manakala Liu Xiang di lorong lari kedua dan tidak mempunyai keunggulan dalam lorong lari. Akan tetapi Liu Xiang memecah rekod dunia dengan prestasi sendiri.

Atlet A.S. Dominique Arnold juga turut memecah rekod dunia dengan kepantasan 12.90 saat. Dua atlet memecah rekod dunia dalam satu pertandingan agak jarang kelihatan dan tidak pernah berlaku dalam Pertandingan Olahraga Antarabangsa Lausanne. Liu Xiang memberitahu wartawan dengan gembiara bahawa "Sukar dipercayai, sama seperti mimpi. Ini merupakan saat yang bermakna dalam sejarah. Persembahan saya di Paris kurang memuaskan. Permulaan sangat lancar dan saya mempercepat kepantasan di pagar kelima."

Jurulatih Liu Xiang, Encik Sun Haiping menyatakan bahawa "Persembahan Liu Xiang dalam pertandingan tersebut sangat bagus. Pada masa dahulu saya jangka persembahan di Paris tidak baik, tetapi di Lausanne adalah baik. Sebab Paris agak jauh dari Beijing, kami berasa sangat letih dan terdapat selisih waktu. Oleh itu, kesihatan badan kurang baik. Selepas tiba di Lausanne, kami membuat persiapan yang baik bagi pertandingan, sebab pertandingan itu sangat penting. Lausanne merupakan tempat yang menguntungkan Liu Xiang."

Liu Xiang merupakan atlet olahraga yang paling unggul di China. Proses pembesaran Liu Xiang merupakan proses memecah rekod sejarah. Bermula seri dengan rekod Asia dalam acara 60 meter lari berpagar lelaki iaitu 7.55 saat dalam Pertandingan Olahraga Tutup Dunia 2002, Liu Xiang telah beberapa kali membaharui rekod sejarah olahraga China dalam tempoh empat tahun lalu. Contohnya, beliau mencapai tangga ketiga dalam pertandingan acara 60 meter lari berpagar lelaki Kejohanan Dunia Olahraga 2003 dan menamatkan sejarah pasukan China yang tidak mencapai pingat dalam 18 tahun lalu. Pada tahun kemudian, Liu Xiang menjadi naib johan dalam acara tersebut dan dua kali memecah rekod Asia. Dalam Sukan Olimpik Athens 2004, Liu Xiang meraih pingat emas dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki dan seri dengan rekod dunia 12.91 saat yang dicipta oleh Colin Jackson. Ini merupakan pingat emas pertama yang dicapai oleh atlet lelaki China dalam Sukan Olimpik. Dalam Kejohaan Dunai Olahraga 2005, Liu Xiang merupakan atlet China yang paling baik mencapai kejayaan dalam sejarah. Kini, Liu Xiang pula memecah rekod dunia 12.90 saat yang dikekalkan bersama dengan Colin Jackson.

Encik Sun menyatakan bahawa matlamat Liu Xiang ialah meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Dalam tempoh persiapan, menyusun keadaan dan mengekalkan tahap yang tinggi merupakan matlamat utama. Memecah rekod dunia bukan dalam cadangan. Beliau berkata, "Sebenarnya kami tidak bercadang memecah rekod pada waktu yang tetap. Sekarang Liu Xiang dalam tahap penyusunan semula, kakinya mengalami kecederaan dan hampir 80 hari tidak membuat latihan. Kami mempertimbangkan cadangan latihan yang lain iaitu melalui latihan badan meningkatkan prestasinya. Sehubungan dengan pertandingan tersebut, kami juga turut membuat persiapan. Walapun tidak bercadang untuk memecah rekod, tetapi kami benar-benar ingin mengekalkan tahap yang tinggi dalam pertandingan."

Sekiranya melihat catatan pertandingan Liu Xiang, kita dapati babawa banyak kejayaan cemerlang yang dicapai oleh Liu Xiang adalah di Lausanne termasuklah pemecah rekod dunia kali ini. Boleh dikatakan bahawa Lausanne merupakan tempat yang bernasib baik bagi Liu Xiang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |