v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Industri Sukan/riadah Berkembang dengan Cepat di Provinsi Qinghai China
2006-07-24 14:36:48 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perlumbaan Basikal Antarabangsa Jelajah Tasik Qinghai Ke-5 telah selesai hari ini. Perlumbaan itu bukan sahaja berjaya memperkenalkan Provinsi Qinghua di mata dunia malah telah banyak mendorong perkembangan sosioekonomi dan pelbagai bidang yang lain di Provinsi Qinghai. Ahli profesional berpendapat bahawa selepas beroperasinya landas kereta api Qinghai-Tibet, industri sukan/riadah Provinsi Qinghai akan menhadapi peluang perkembangan yang baru.

Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Sukan Provinsi Qinghai China Feng Jianping berkata, meskipun ekonomi Provinsi Qinghai ketinggalan, akan tetapi di wilayah Provinsi Qinghai terdapat banyak gunung dan tasik yang sangat terkenal di seluruh dunia. Qinghai dapat mengembangkan industri sukan/riadah seperti sukan mendaki gunung, lumba basikal dan lain-lain dengan kelebihan geografinya.

Perlumbaan Basikal Antarabangsa Jelajah Tasik Qinghai-Tibet Pertama yan berjaya dianjurkan pada tahun 2002 telah menyediakan peluang untuk perkembangan industri sukan/riadah Provinsi Qinghai. Kini, semakin hari semakin ramai orang meminati sukan lumba basikal, meskipun Pelumbaan Basikal Jelajah Tasik Qinghai merupakan sebuah perlumbaan profesional, akan tetapi perlumbaan tersebut telah memainkan peranan yang amat penting dalam mendorong perkembangan industri sukan/riadah tempatan.

Selepas Landasan Kerera Api Qinghai-Tibet secara rasmi beroperasi pada 1 Julai tahun 2006, para pakar berpendapat bahawa industri sukan/riadah Provinsi Qinghai yang dijana oleh Perlumbaan Basikal Jelajah Tasik Qinghai akan berkembang dengan cepat.

Feng Jianping berkata, peningkatan taraf hidup rakyat China yang berterusan telah menyediakan peluang besar untuk perkembangan industri sukan/riadah. Untuk meningkatkan kualiti kehidupan, aktiviti sukan/riadah telah mendapat sambutan oleh orang ramai, pasaran tersebut pasti akan menjadi semakin besar. Seiring dengan lebih ramai pelancong memasuki Provinsi Qinghai, industri sukan/riadah Provinsi Qinghai akan menghadapi peluang perkembangan yang baru.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |