v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berharap Kembangkan Industri Sukan Melalui Peluang Penganjuran Sukan Olimpik
2006-08-03 09:58:39 CRI

Industri sukan China telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. China telah mencapai kejayaan yang besar dalam Sukan Olimpik Athens dan Beijing akan menganjurkan Sukan Olimpik 2008. Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China mengumumkan perkembangan program industri sukan dalam lima tahun akan datang pada 25 Julai. Dalam program tersebut dinyatakan bahawa China akan meningkatkan tahap perkhidmatan kesukanan awam melalui penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 dan menjadikan lebih ramai rakyat China menikmati perkhidmatan tersebut.

Dalam sidang akhbar di Beijing pada hari itu, Menteri Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Liu Peng menyatakan bahawa matlamat industri sukan China pada lima tahun akan datang adalah untuk mempopularkan aktiviti sukan awam atas peluang penganjuran Sukan Olimpik 2008 dan menubuhkan sistem riadah rakyat seluruh negara yang bercirikan keistimewaan China pada peringkat awal, memenuhi keperluan rakyat dalam bidang sukan bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat China. Di samping itu, meningkatkan prestasi pemain China dan mencapai kejayaan cemerlang dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Encik Liu menyatakan bahawa Sukan Olimpik Beijing akan membawa peluang perkembangan yang besar bagi industri sukan China. Dalam lima tahun akan datang, perkembangan industri sukan China akan berkait secara langsung dengan Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata, "Dalam bidang riadah awam, penganjuran Sukan Olimpik Beijing akan meningkatkan keghirahan rakyat, mempopularkan pengetahuan tentang sukan dan meningkatkan kesedaran beriadah. Dalam bidang persaingan, jumlah acara dan pemain China dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 mencipta rekod paling banyak dalam sejarah. Melalui Sukan Olimpik, kami akan melatih beberapa pegawai dan pengadil dalam bidang sukan."

Liu Peng turut menyatakan bahawa penganjuran Sukan Olimpik Beijing menjadikan sektor sukan China berpeluang berkongsi pengalaman dengan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa dan pertubuhan sukan yang lain.

Dalam program tersebut ditetapkan matlamat sukan orang ramai, sukan persaingan, industri sukan dan lain-lain pada lima tahun akan datang. Encik Liu Peng menjelaskan bahawa kandungan utama dalam program tersebut merupakan riadah rakyat. Sebab matlamat kerajaan China mengembangkan industri sukan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesukanan awam yang bertaraf tinggi kepada rakyat supaya meningkatkan kesihatan rakyat seluruh negara. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China di samping mencipta suasana beriadah juga berusaha menubuhkan sistem perkhidmatan kesukanan yang bercirikan keistimewaan China.

Dimaklumkan, sistem perkhidmatan kesukanan tersebut terdiri daripada tiga kandungan iaitu membina kemudahan beriadah awam yang cukup dan menyediakan tempat dan kemudahan riadah bagi rakyat, kedua menubuhkan kelab sukan, kelab sukan remaja, pusat aktiviti sukan dan lain-lain supaya menarik penyertaan orang ramai dan ketiga mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan untuk orang ramai. Liu Peng berkata, "Dalam tempoh cadangan lima tahun ke-11 China, kami akan berusaha dalam tiga bidang iaitu menyempurnakan tempat dan pertubuhan riadah orang ramai dan mejalankan aktiviti sukan kalangan rakyat."

Encik Liu menjelaskan bahawa berdasarkan program tersebut sistem itu dijangka selesai ditubuhkan pada tahun 2010.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |