v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Hong Kong Perhatikan Sukan Olimpik Beijing
2006-08-07 15:19:27 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua, penduduk Hong Kong sangat memperhatikan kemajuan kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing sempena tinggal masa 2 tahun penyelenggaraan Sukan Olimpik Beijing pada 8 Ogos.

Selepas Hong Kong berjaya mengadakan pertandingan kemahiran menunggang kuda Sukan Olimpik Beijing, Hong Kong telah memulakan kerja persiapan secara aktif dan telah mengadakan beberapa aktiviti tentang Sukan Olimpik Beijing. Tinggalnya masa 2 tahun Sukan Olimpik Beijing akan diadakan, ini bererti Hong Kong menghubungkan dirinya dengan Sukan Olimpik Beijing. Kian hari kian ramai penduduk Hong Kong memperhatikan sukan Olimpik.

Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Hong Kong China Timothy Fok Tsun-Ting semasa membicarakan tentang permohonan supaya Hong Kong dapat mengadakan pertandingan kemahiran menunggang kuda sukan Olimpik telah menyatakan bahawa kejayaan Beijing tentang dipilih sebagai tuan rumah untuk menyelenggarakan sukan Olimpik merupakan harapan beliau serta ayahnya, mereka juga berusaha menyokong kerja itu, tetapi beliau tidak pernah terfikir Hong Kong dapat menjadi salah satu bandar yang mengadakan pertandingan sukan Olimpik. Beliau menyatakan, Hong Kong dapat mengadakan satu acara daripada pertandingan sukan Olimpik Beijing merupakan kemuliaan dan kebanggaan penduduk Hong Kong.

Berdasarkan statistik tinjauan pendapat umum pada bulan Mei lalu, sebanyak 82% belia Hong Kong merasa bangga untuk menyokong Sukan Olimpik Beijing, dan sebanyak 78% belia berharap dapat menjadi sukarelawan Sukan Olimpik Beijing. Wu Zhengfeng yang belajar di Universiti Hong Kong menyatakan, "Saya bersedia untuk menjadi sukarelawan Sukan Olimpik Beijing. Boleh kamu bayangkan, dapat memberi sumbangan terhadap tanah air saya dan menyertai kerja Sukan Olimpik adalah peluang yang jarang sekali."

Antara penduduk Hong Kong yang mahu menyertai kerja sukan Olimpik, terdapat seorang orang kurang upaya yang bernama Liang Ziwei. Beliau mahu menyertai kerja Sukan Paralimpik Beijing. Beliau melahirkan harapannya supaya menjadi sukarelawan Sukan Paralimpik Beijing. "Memberi perkhidmatan terhadap Sukan Paralimpik merupakan harapan saya dan saya akan sedapat mungkin menguasai bahasa mandarin".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |