v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Bola Sepak Wanita China yang Baru Raih Piala Asia Tingkatkan Kepercayaan
2006-08-09 10:51:26 CRI

Pasukan bola sepak wanita China yang berada dalam kemerosotan pada tahun-tahun kebelakangan ini telah memberi kejutan kepada para peminat. Dalam Piala Asia Bola Sepak Wanita ke-15 yang berakhir pada 30 Julai lalu, pasukan bola sepak wanita China yang berjaya menjadi johan adalah di luar jangkaan orang ramai. Kejayaan tersebut meningkatkan kepercayaan mereka sendiri.

Pasukan bola sepak wanita China yang pernah meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik Athens dan juara Piala Asia 1999 menduduki tangga teratas dalam acara tersebut dalam tempoh yang panjang. Akan tetapi selepas tujuh kali meraih johan Piala Asia sebelum tahun 1999, pasukan bola sepak wanita China tidak pernah meraih sebarang kejayaan dalam beberapa tahun selepas itu. Pasukan bola sepak wanita China bukan sahaja melepaskan kedudukan teratas di dunia bahkan kehebatannya antara pasukan negara Asia juga turut menurun. Pasukan bola sepak wanita China tidak dapat mengalahkan pasukan bola sepak wanita DPRK selama tujuh tahun dan dikalahkan oleh pasukan bola sepak Jerman dengan mata 0:8 dalam Sukan Olimpik Athens. Pasukan bola sepak wanita China tidak mencapai kejayaan yang memuaskan hati orang ramai dalam beberapa tahun yang lalu.

Dalam keadaan yang begitu sahaja, pasukan bola sepak wanita China malah menjadi johan Piala Asia tahun ini. Pemain China Han Duan menyatakan bahawa sebelum pertandingan tersebut, mereka berada dalam suasana yang "tertekan", kejayaan tersebut telah memulihkan kepercayan para peminat dan diri mereka sendiri. Ketua pasukan Pu Wei menyatakan bahawa: "Sekiranya kami gagal meraih Piala Asia tersebut, emosi para pemain tentu terjejas. Mungkin orang ramai akan berputus asa dan ada orang yang akan meragui prestasi diri kami. Kejayaan tersebut mengiktiraf kehebatan seluruh pasukan kami dan ini merupakan langkah pertama untuk mencapai kejayaan pada tahun 2007 dan 2008."

Bagi pasukan bola sepak wanita China yang berada dalam kemerosotan selama tujuh tahun, kejayaan yang dicapai oleh mereka bukan sahaja merupakan kejayaan meraih Piala Asia, tetapi juga menunjukkan semangat mereka yang bersungguh-sungguh dalam persaingan. Pada mulanya, persembahan pasukan bola sepak wanita China tidak begitu baik. Dalam pertandingan penentuan, pasukan China dikalahkan oleh pasukan Jepun yang sentiasa dikalahkan oleh pasukan China pada beberapa tahun yang lalu. Selepas pertandingan tersebut, kebanyakan orang tidak menaruh harapan yang pasukan China boleh menjadi johan dan masing-masing cuba meneka apabila Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita China Ma Liangxiang meletakkan jawatannya.

Akan tetapi, dalam pertandingan selepas itu, pasukan China menewaskan pasukan DPRK dengan mata 1:0 dan mengalahkan pasukan tuan rumah iaitu Australia melalui tendangan penalti. Dalam kedua-dua pertandingan tersebut, pasukan China tidak mempunyai kelebihan dalam teknik, akan tetapi semangat mereka yang gigih membantu mereka mencapai kemenangan paa saat-saat terakhir.

Pasukan Bola Sepak Wanita China yang telah memulihkan kepercayaan berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam pertandingan yang akan datang. Pemain muda China Ma Xiaoxu yang memberikan persembahan bagus dalam Piala Asia tersebut menyatakan bahawa: "Matlamat yang seterusnya ialah Sukan Asia, Piala Dunia Bola Sepak Wanita 2007 dan Sukan Olimpik 2008. Semua pertandingan tersebut amat penting bagi kami."

Semasa menjangkakan masa depan, Ketua Jurulatih Ma Liangxing berkata: "Saya berpendapat bahawa matlamat saya, pasukan, persatuan atau peminat bukan setakat untuk meraih Piala Asia sahaja."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |