v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Beijing Mainkan Diabolo untuk Menyambut Sukan Olimpik
2006-08-11 15:41:41 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita China, "Alangkah, Pakcik pandai mainkan Diabolo" sejenis alat mainan, persembahan permainan Diabolo seorang warga tua mendapat alu-aluan para penonton.

Baru-baru ini, seramai 200 orang penduduk daripada komuniti sukan Olimpik di Dongsi daerah Timur Beijing telah mengadakan aktiviti perayaan beramai-ramai yang bertema "Perpaduan Etnik untuk Menyambut Sukan Olimpik, Persembahan Permainan Diabolo Sempena Tinggal Masa 2 Tahun Penyelenggaraan Sukan Olimpik Beijing 2008".

Di depan "arca Obor" Taman Komuniti Sukan Olimpik Dongsi Beijing, seramai 100 orang penduduk komuniti itu yang memakai pakaian berwarna biru, hitam, merah, kuning dan hijau membentuk pola logo sukan Olimpik.

Selepas itu, seramai 109 orang murid daripada komuniti itu, rombongan kesenian dan sekolah rendah tempatan mulai memainkan Diabolo. Bunyi Diabolo terdengar di seluruh taman. Kenderaan yang berjalan lahan, pejalan kaki juga berhenti untuk menonton persembahan itu, malahan ada beberapa orang yang umur setengah baya pun menyertai permainan Diabolo itu.

Penduduk daripada belasan etnik minoriti China seperti etnik Hui, etnik Yi dan lain-lain juga memainkan Diabolo di lapangan taman itu. Pakaian mereka yang berwarna-warni telah menarik perhatian para penonton. Meskipun mereka tidak begitu mahir, tetapi seorang mak cik etnik Hui menyatakan, "Saya merasa senang untuk memainkan Diabolo. Kami memainkan Diabolo untuk menyambut sukan Olimpik. Permainnan Diabolo akan bermanfaat bagi kesihatan dan keharmonian".

Seramai 20 murid daripada Sekolah Rendah Dongsi Qitiao Beijing memainkan Diabolo dengan mahir. Guru-guru sekolah itu memaklumkan, permainan Diabolo merupakan mata pelajaran sukan dan telah diamalkan selama 2 tahun dengan mendapat sambutan murid".

Dalam kalangan mereka, ada orang menjunjung slogan "Satu dunia, Satu Impian" dan "Perpaduan Etnik untuk menyambut sukan Olimpik". Ini menandakan kegembiraan dan alu-aluan baik penduduk Beijing terhadap Sukan Olimpik Beijing 2008.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |