v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Riadah Berjalan Lancar di Kasawan Desa China
2006-08-17 15:03:41 CRI

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan rakyat China yang semakin mementingkan kesihatan, aktiviti riadah penduduk di bandar China turut berjalan lancar. Kini, aktiviti riadah di kawasan desa China juga turut menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan penduduk di sana. Aktiviti riadah seluruh rakyat juga turut memberi sumbangan terhadap perkembangan ekonomi di kawasan desa China. Baru-baru ini, wartawan CRI telah mengadakan wawancara di kaunti Youyu, provinsi Shanxi China dan turut merasakan suasana pelaksanaan aktiviti riadah seluruh rakyat.

Kaunti Youyu merupakan sebuah kaunti kecil yang jumlah penduduknya tidak sampai 110 ribu orang dan keluasannya tidak sampai 2000 kilometer persegi. Akan tetapi, kaunti itu berjaya menarik beberapa pertandingan sukan besar untuk diadakan di sana dan mendorong perkembangan pelancongan tempatan.

Naib Ketua kaunti Youyu, Encik Cheng semasa diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa keistimewaan aktiviti riadah yang dilaksanakan di kaunti tersebut adalah untuk mengayakan kehidupan rakyat dengan aktiviti sukan serta mendorong perkembangan pelancongan. Beliau berkata, "Pelaksanaan aktiviti sukan di kaunti Youyu pada tahun-tahun kebelakangan ini telah mendorong perkembangan pelancongan. Kerajaan telah menubuhkan kemudahaan infrastruktur dan lapangan riadah dan lapangan sukan. Kami juga turut mengeluarkan peruntukan untuk pembinaan stadium pada tahun ini. Kami berharap agar dapat mengembangkan aktiviti riadah kepada seluruh penduduk bagi mengayakan kehidupan kebudayaan rakyat serta mengembangkan aktiviti pelancongan. Kini, kami bercadang untuk mengadakan beberapa aktiviti di luar seperti berburu dan berski."

Aktiviti kereta sorong merupakan aktiviti yang dilaksanakan paling baik di kaunti Youyu. Dalam Kejohanan Kereta Sorong Kebangsaan China pada tahun lalu, pasukan kaunti Youyu meraih 12 pingat. Kini, pada setiap senja, kita dapat lihat beberapa kanak-kanak menaiki kereta sorong di lapangan kebudayaan yang terletak di hadapan bangunan kerajaan kaunti.

Pegawai Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Puan Wen Wen berpendapat bahawa pelaksanaan aktiviti riadah seluruh rakyat amat penting bagi kesihatan rakyat khususnya rakyat di kawasan desa China. beliau berkata, "Meningkatkan tahap kesihatan seluruh rakyat merupakan matlamat kami. Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China telah mengambil siri tindakan untuk mengembangkan usaha dalam industri riadah seluruh rakyat atas peluang penganjuran Sukan Olimpik. Perkara yang penting, iaitu meningkatkan kesedaran kesukanan rakyat dan mempopularkan cara beriadah secara saintifik. Menubuhkan pertubuhan kesukanan rakyat dan menyediakan kemudahan yang berkaitan serta mengadakan pelbagai aktiviti yang diminati ramai supaya menarik penyertaan seluruh rakyat dan meningkatkan tahap kesihatan rakyat China"

Penasihat kaunti Youyu dalam bidang pelancongan Encik Xing Chensheng berpendapat bahawa aktiviti riadah seluruh rakyat berfaedah bagi perkembangan ekonomi. Beliau berkata, "Kesihatan amat penting bagi kita. Sekiranya kita hidup dalam persekitaran yang selesa dan mempunyai badan yang sihat, kita akan dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh. Matlamat negara kita mengembangkan industri sukan adalah untuk melaksanakan cadangan riadah seluruh rakyat."

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China telah menetapkan kaunti Youyu sebagai "pangkalan pelancongan khas" dan bekerjasama dengan kerajaan kaunti itu membina pangkalan latihan kereta litar pendek, kereta pacuan empat roda litar pendek dan motosikal pergunungan serta pangkalan pencutian kereta China dan pangkalan pencutian remaja China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |