v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Tae Kwan Do Bercita-cita Capai Kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008
2006-08-24 15:59:01 CRI

Pertandingan Terterbuka Tae Kwan Do Antarabangsa China Pertama yang berlangsung selama tiga hari telah ditutup di Stadium Mahasiswa Beijing pada 13 Ogos lalu. Ini merupakan pertama kalinya China menganjurkan pertandingan terbuka antarabangsa bagi acara Tae Kwan Do dan pertandingan tersebut menyediakan peluang kepada para peserta untuk membuat persiapan penyertaan Sukan Olimpik Beijing 2008. Dalam pertandingan tersebut, pasukan Tae Kwan Do China mencapai kejayaan yang baik dalam acara wanita. Oleh itu, umum berpendapat bahawa pasukan Tae Kwan Do China berkemungkinan besar akan mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Seramai lebih 180 orang jurulatih dan pemain dari 15 buah negara seperti China, Taipei China, Republik Korea, Jordan, Iran, Poland, Perancis dan lain-lain telah menyertai pertandingan tersebut. Sistem pertandingan tersebut sama dengan sistem pertandingan Sukan Olimpik yang terdiri daripada 8 acara lelaki dan 8 acara wanita. Melalui persaingan yang sengit selama tiga hari, pasukan China berjaya meraih empat pingat emas, empat pingat perak dan lima pingat gangsa serta menduduki tangga teratas dalam senarai pungutan pingat dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan Terbuka China merupakan salah satu pertandingan terbuka yang terdiri daripada Pertandingan Terbuka Iran, A.S. dan Republik Korea. Walaupun China buat pertama kalinya menganjurkan pertandingan terbuka, akan tetapi pertandingan tersebut merupakan pertandingan yang berskop paling besar. Ketua jurulatih pasukan Tae Kwan Do wanita China Lu Xiudong berpendapat bahawa taraf pertandingan tersebut adalah amat tinggi dan pasukan pelbagai negara sangat mementingkan pertandingan tersebut. Beliau berkata: "Sebanyak 15 buah negara telah menghantar pasukan yang bertaraf tinggi untuk menyertai pertandingan tersebut. Mereka menganggap pertandingan tersebut sebagai persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008, contohnya menyelaraskan tempat pertandingan, iklim Beijing dan lain-lain."

Juara Sukan Olimpik, pemain China Luo Wei memberi persembahan yang baik dalam pertandingan tersebut. Beliau meraih pingat emas dalam acara kategori 67 kilogram dalam pertandingan tersebut. Selepas itu, Luo Wei berkata: "Pasukan kami menghantar tiga pemain untuk menyertai pertandingan satu peringkat kategori. Kami bersatu padu untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan. Sekiranya kami bertanding dengan rakan sepasukan, kami akan menyertai pertandingan dengan serius dan selepas itu kami berkongsi pengalaman masing-masing. Saya berpendapat bahawa suasana yang harmoni dalam pasukan kami amat baik."

Naib Pengerusi Persatuan Tae Kwan Do China Zhao Lei menyatakan bahawa berbanding dengan kejayaan yang dicapai oleh pasukan China dalam pertandingan tersebut, proses pertandingan kali ini lebih memuaskan hati. Beliau berkata: "Pada keseluruhannya, persembahan pasukan lelaki dan wanita amat baik. Pemain beberapa negara tidak menganggap pingat emas tersebut sebagai matlamat utama untuk menyertai pertandingan, tetapi sebagai sebahagian daripada latihan. Oleh itu, kami lebih mementingkan proses penyertaan pertandingan. Dalam pertandingan tersebut, pasukan lelaki China berjaya meningkatkan prestasi mereka. Kami dapat mengesan masalah kami melalui pertandingan tersebut dan berusaha mengatasi masalah itu dalam latihan pada masa depan."

Pasukan Tae Kwan Do China akan menyertai Piala Dunia Kumpulan Tae Kwan Do yang akan diadakan di Thailand pada bulan September nanti.

Selepas itu, merekan akan menerima latihan tertutup selama sebulan di bandar Tianjin China untuk membuat persiapan bagi Tae Kwan Do Piala Dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |