v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Olahraga China Capai Kecemerlangan dalam Kejohanan Remaja Dunia IAAF ke-11
2006-08-31 10:10:43 CRI

Kejohanan Remaja Dunia IAAF ke-11yang berlangsung selama enam hari telah ditutup di Pusat Sukan Chaoyang Beijing China pada malam 20 Ogos lalu. Pasukan China telah meraih lima pingat emas, lima pingat perak dan tujuh pingat gangsa serta menduduki tangga kedua dalam senarai pungutan pingat emas dan tangga pertama dalam senarai pungutan pingat. Walaupun pasukan olahraga China mencapai kejayaan yang cemerlang, tetapi mereka tidak membangga diri. Mereka menyedari bahawa sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, mereka harus terus berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Kejohanan Remaja Dunia IAAF ke-11 diadakan di Beijing pada 15 hingga 20 Ogos lalu. Kejohanan dunia tersebut diadakan dua tahun sekali dan mula diadakan pada tahun 1986. Kejohanan Dunia Olahraga dianggap sebagai gelanggang untuk melahirkan juara dunia pada masa depan. Atlet China Wang Junxia iaitu johan Sukan Olimpik dan johan dunia Liu Xiang pernah mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut.

Kejohanan Remaja Dunia IAAF ke-11 menarik penyertaan seramai 1451 atlet yang dari 180 buah negara dna kawasan di dunia. Jumlah itu mencipta rekod dalam sejarah pertandingan itu. Walaupun persaingan amat sengit, tetapi atlet China turut mencapai kecemerlangan. Menghadapi kejayaan tersebut, ketua jurulatih merangkap naib ketua Pusat Hal-Ehwal Olahraga Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Feng Shuyong menyatakan bahawa walaupun atlet olahraga China menerima latihan profesional lebih awal, namun keunggulan tersebut adalah untuk sementera. Beliau berkata: "Persembahan altet China dalam Kejohanan Remaja Dunia IAAF kali ini amat memuaskan hati. Kejayaan tersebut menunjukkan bahawa kita mempunyai beberapa atlet muda yang unggul. Kejayaan yang dicapai oleh atlet China dalam Kejohanan Remaja Dunia IAAF lebih baik daripada atlet Kejohanan Dunia. Ini disebabkan atlet olahraga China lebih awal menerima latihan profesional, makanala atlet remaja luar negara kurang menerima latihan profesional semasa remaja."

Tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 tidak sampai dua tahun. Sama ada beberapat atlet China yang telah mencapai kejayaan dalam Kejohanan Remaja Dunia IAAF tersebut mencapai kecemerlangan dalam Sukan Olimpik atau tidak. Encik Feng Shuyong menyatakan: "Saya berpendapat bahawa hanya beberapa orang antara mereka yang dapat memainkan peranan penting. Kejayaan pasukan olahraga China lebih banyak bergantung kepada peningkatan prestasi altet unggul pada masa ini. Atlet muda China harus terus berusaha."

A.S. merupakan negara yang hebat dalam acara olahraga. Persembahan atlet A.S. kurang menonjol dalam pertandingan tersebut sebab mereka baru menyelesaikan pelbagai pertandingan dan kemampuan fizikal mereka masih belum pulih sepenuhnya. Salah satu sebab yang lain ialah mereka tidak mementingkan Kejohanan Remaja Dunia IAAF. Atlet A.S. mempunyai ciri fizikal yang mantap, selepas mereka menjadi remaja dan memerima latihan profesional. Mereka akan mencapai kejayaan yang besar. Dalam pertandingan akhir acara berganti-ganti, persembahan pasukan A.S. mengagumkan orang ramai.

Cara untuk mengurangkan perbezaan prestasi antara olahraga China dengan atlet luar negara. Feng Shuyong berkata: "Dalam pertandingan tersebut, 50% atlet China memberikan persembahan diri yang paling baik. Kejayaan tersebut amat penting bagi perkembangan mereka pada masa depan. Akan tetapi taraf keseluruhan pertandingan tersebut jauh lebih rendah daripada Sukan Olimpik dan prestasi atlet China turut tidak tinggi. Dalam dua tahun akan datang, mereka harus meningkatkan prestasi diri bagi menjamin persembahan yang stabil dalam pertandingan. Kami juga turut akan menyediakan peluang bagi mereka dan memberikan mereka banyak peluang untuk menyertai pertandingan yang bertaraf tinggi di dunia. Pengalaman menyertai pertandingan berfaedah bagi mereka."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |