Nyanyuk sering dikaitkan dengan orang tua. Nyanyuk bukanlah satu penyakit yang asing kerana semakin tinggi jangka hayat dalam masyarakat hari ini akibat tahap kesihatan yang semakin baik, maka semakin tinggi juga risiko untuk mengalaminya.
Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini ialah sebahagian daripada proses penuaan. Setiap individu yang memasuki usia 20 tahun mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut. Lebih cepat sel-sel otak mati, maka lebih tinggi risiko seseorang untuk terdedah kepada nyanyuk. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Nyanyuk biasanya dialami oleh golongan usia 50 tahun ke atas.
Dalam komposisi penduduk yang orang tuanya lebih banyak, kadar orang yang mengalami nyanyuk adalah lebih tinggi. Beberapa negara dan kawasan sedang menghadapi gejala populasi nyanyuk. China juga sedang mengahadapi gejala tersebut. Menurut satu kajian yang dijalankan di Shanghai, nyanyuk dalam kalangan orang tua yang berusia 65 tahun ke atas menduduki 4.61%. oleh itu, untuk mengetahui dan mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami nyanyuk atau tidak, rawatan segera merupakan tindakan yang perlu dilakukan oleh orang ramai. Tindakan ini bukan sahaja melibatkan peribadi, keluarga dan masyarakat, tetapi juga pembangunan ekonomi dan tamadun manusia. Oleh sebab itu, penyelidikan tentang penghindaran dan rawatan nyanyuk telah menjadi topik ilmu perubatan yang utama untuk diselesaikan pada masa ini.
Doktor berpendapat bahawa hakikatnya, nyanyuk juga boleh dihindarkan melalui pemakanan, senaman dan gaya hidup. Terutamanya, gejala nyanyuk ini boleh dicegah ketika usia masih muda.
Makan makanan yang mempunyai kalori lebih rendah
Ini bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan, tetapi juga melindungi sel otak, mengurangkan kemungkinan orang tua terkena beberapa penyakit seperti nyanyuk.
Makan lebih banyak ikan
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Belanda terhadap 5 ribu orang tua yang berusia 55 tahun ke atas, pengambilan lebih banyak ikan dalam diet dapat mencegah nyanyuk.
Vitamin E
Vitamin E dapat menyekat sel saraf daripada terjejas. Pakar pemakanan mencadangkan orang ramai supaya menambah 4 ratus unit vitamin E setiap hari untuk mencegah nyanyuk.
Sering bergerak
Kebanyakan orang mengetahui bahawa pergerakan boleh mengurangkan kemungkinan strok. Sebenarnya, pergerakan juga boleh mencegah kemerosotan otak. Orang-orang tua boleh bersiar-siar, berlari secara palahan, bermain Taici dan Qigong untuk mencegah nyanyuk.
Pelihara hubungan antara perorangan
Orang ramai harus memelihara hubungan yang baik dan rapat dengan orang lain bagi mengelakkan terkena penyakit kemurungan. Kemurungan juga merupakan faktor yang bahaya untuk terkena nyanyuk.
Jika kita mengekalkan sikap yang sihat dan aktif, badan kita akan menjadi lebih sihat dan kemungkinan untuk dihinggapi penyakit nyanyuk adalah lebih rendah.
|