v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Bola Keranjang Lelaki China Buat Persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008
2006-09-07 10:17:40 CRI

Kejohanan Bola Keranjang Remaja Lelaki Dunia FIBA 2006 diadakan di Jepun pada 19 Ogos hingga 3 September. Dalam pertandingan 16 pemenang teratas yang diadakan pada 27 Ogos lalu, pasukan China dikalahkan oleh pasukan Greece dengan mata 64:95 dan gagal melayakkan diri dalam kedudukan lapan teratas. Tetapi semangat yang ditunjukkan oleh para pemain China dalam pertandingan tersebut mendapat pengiktirafan arena bola keranjang dunia dan rakyat China menaruh harapan terhadap kecemerlangan pencapaian pasukan bola keranjang China dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Kejohanan Bola Keranjang Remaja Lelaki Dunia FIBA 2006 diadakan di lima buah bandar di Jepun. Seramai 24 pasukan seperti pasukan China, pasukan A.S., pasukan Agentina dan lain-lain mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pada 3 September lalu, pasukan Sepanyol mengalahkan pasukan Greece iaitu pasukan tuan rumah dan meraih juara. Ini merupakan pertama kalinya pasukan Sepanyol menjadi juara Kejohanan FIBA. Dalam pertandingan tersebut, pasukan China, pasukan A.S., pasukan Puerto Rico, pasukan Itali, pasukan Senegal dan pasukan Slovania dibahagikan dalam kumpulan D. Dalam pertandingan penentuan yang diadakan pada 24 Ogos lalu, pasukan China mengalahkan pasukan Senegal dan pasukan Slovenia dan berjaya melayakkan diri dalam 16 pasukan teratas. Kejayaan tersebut merupakan kejayaan paling baik yang dicapai oleh pasukan bola keranjang China dalam Kejohanan Bola Keranjang Remaja Lelaki Dunia FIBA yang paling baik dalam selepas tahun 1994.

Dalam pertandingan dengan pasukan Slovenia, pemain China Wang Shipeng berjaya menjaringkan bola dan memperoleh tiga mata pada saat terakhir pertandingan tersebut. Pasukan China mengalahkan pasukan Slovenia dengan mata 78:77. pemain Wang Shipeng berkata: "Saya berpendapat bahawa bertanding dengan pasukan hebat amat berfaedah bagi meningkatkan keyakinan diri dan menyediakan asas yang baik bagi kami untuk mencapai kecemerlangan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 serta kami menjadi pasukan yang hebat dalam acara tersebut. Saya yakin kami akan menjadi pasukan yang hebat."

Dalam lima pertandingan penentuan, pemain China yang sedang bermain untuk pasukan bola keranjang Houston Rockets NBA Yao Ming memperoleh 28.4 mata secara purata dalam setiap pertandingan dan menduduki tangga teratas dalam senarai pungutan mata kesemua peserta Kejohanan FIBA. Selain itu, Yao Ming juga turut menduduki tangga ketiga dalam senarai perolehan bola pantulan. Dalam pertandingan dengan pasukan A.S., Yao Ming memperoleh 21 mata dan 10 bola pantulan. Ketua jutulatih pasukan A.S. Mike Krzyewski menyanjung tinggi terhadap persembahan Yao Ming. Beliua berkata: "Yao Ming merupakan pemain penting bagi pasukan. Beliau memberi persembahan yang baik dalam pertandingan. beliau merupakan ketua pasukan China dan boleh membangkitkan persembahan pemain yang lain. Setahu saya, beliau baru sembuh daripada kecederaan kaki dan masa bermain bola dengan rakan sepasukan agak singkat. Saya sangat kagum akan persembahan beliau walaupun dalam keadaan tersebut."

Ketua jurulatih pasukan China Jonas Kazlauskas berpendapat bahawa walau bagaimanapun pasukan China mempunyai Yao Ming, tetapi sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, pasukan bola keranjang lelaki China harus meningkatkan prestasi keseluruhanya. Beliau berkata: "Pemain kami kekurangan pengalaman menyertai pertandingan bertaraf tinggi. Menghadapi Sukan Olimpik 2008, saya berpendapat bahawa cara yang paling berkesan adalah dengan menghantar mereka ke Eropah untuk menyertai liga pertandingan yang bertaraf tertinggi. Ini berfaedah bagi meningkatkan pengalaman mereka."

Pasukan bola keranjang lelaki remaja China secara purata berumur 22.4 tahun dan merupakan pasukan paling muda dalam pertandingan tersebut. Dalam perlawanan dengan pemain hebat di dunia, pemain muda China menimba pengalaman. Kami berharap agar mereka dapat segera meningkatkan perstasi mereka dan mencapai kemajuan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |