v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing akan Membina Projek Sukan Olimpik Beijing sebagai "Projek Sinaran Matahari".
2006-09-08 15:22:58 Agensi Berita Xinhua China

Sempena kiraan detik 2 tahun penyelenggaraan Sukan Olimpik Beijing, Anggota Biro Jabatan Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Setiausaha Jawatankuasa Bandar Beijing Parti Komunis China dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Qi telah menjawab pertanyaan wartawan. Beliau berkata bahawa bandar Beijing akan berusaha untuk menjamin pembinaan projek Sukan Olimpik Beijing sebagai "Projek Sinaran Matahari".

Wartawan Radio Rakyat Pusat China bertanya bahawa stadium Sukan Olimpik 2008 sedang dalam proses pembinaan, bagaimanakah pembinaan projek tersebut dapat dijamin sebagai "Projek Sinaran Matahari".

Liu Qi berkata:"Pertama, kami telah mengumumkan rancangan "Projek Sinaran Matahari" Sukan Olimpik. Keadaan tentang perancangan, perekaan serta pembinaan projek sukan Olimpik adalah terbuka.

Kedua, Beijing akan meningkatkan kerja penyeliaan dan pengawalan. Dengan demikian, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing segera menubuhkan Suruhanjaya Penyeliaan yang terdiri daripada pegawai daripada Kementerian Penyeliaan dan badan-badan yang lain. Badan-badan penyeliaan telah ditubuhkan dalam Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Pusat Arahan Pembinaan Stadium Sukan Olimpik.

Dan ketiga, Beijing akan meningkatkan pengauditan. Jabatan Audit Negara China melakukan pengauditan terhadap Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Jabatan Audit Negara China dan Jabatan Audit Beijing juga melakukan pengauditan terhadap pembinaan stadium Sukan Olimpik untuk menjamin penggunaan modal berdasarkan peraturan dan projek-projek yang dibina dapat dikawal. Penyeliaan terhadap penawaran tender dan kualiti bahan-bahan binaan juga ditingkatkan. Selain itu, pihak pembinaan harus bertanggungjawab atas kualiti bahan-bahan binaan. Kerajaan bandar Beijing juga akan melakukan penyeliaan secara profesional terhadap bahan-bahan binaan seperti keluli, simen dan lain-lain.

Semasa ditanya bahawa masyarakat antarabangsa sangat memperhatikan masalah perlindungan alam sekitar, dan adakah Beijing dapat mewujudkan matlamat "Sukan Olimpik Hijau"? Liu Qi menjawab bahawa penyelesaian masalah perlindungan alam sekitar Beijing merupakan tugas utama dan masalah yang mesti diselesaikan untuk menjayakan sukan Olimpik.

Selama beberapa tahun yang lalu, Beijing telah berturut-turut melaksanakan rancangan pembersihan udara dalam 12 fasa dan meningkatkan mutu udara. Pada tahun lalu, jumlah hari yang cuacanya mencapai atau lebih baik daripada kelas ke-2 telah mencapai 64%, dan matlamat untuk tahun ini ialah 65%, iaitu 238 hari. Dari Januari sampai Julai lalu, jumlah hari yang cuacanya mencapai atau lebih baik daripada kelas ke-2 mencapai 136, maka Beijing harus mewujudkan 102 hari lagi dalam 5 bulan yang tinggal. Jumlah hari ribut pasir pada setengah tahun pertama meningkat, maka itu, Beijing meningkatkan kawalan terhadap tempat pembinaan dan semua tempat pembinaan di Beijing telah diliputi. Kami percaya dapat mewujudkan matlamat tersebut.

Untuk mewujudkan "Sukan Olimpik Hijau", Beijing telah mengambil pelbagai tindakan. Banyak kilang telah dipindahkan ke luar Beijing, termasuk Syarikat Keluli Ibu Negara. Kerajaan Beijing juga menutup beberapa perusahaan yang mencemari alam sekitar.

Beijing juga sedapat mungkin cuba untuk mengintensifkan kerja penghijauan, terus meningkatkan kadar peliputan pokok dan keluasan kawasan hijau dalam bandar untuk memperbaiki mutu udara. Seterusnya, Beijing akan bekerjasama dengan bandar dan provinsi disekitar Beijing untuk meningkatkan pembangunan alam sekitar ekologi.

Dengan tindakan tersebut, kita boleh percaya Beijing pasti dapat menjamin projek Sukan Olimpik Beijing dibina sebagai "Projek Sinaran Matahari".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |