v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persiapan Sukan Paralimpik 2008 Beijing Berjalan Lancar
2006-09-14 10:22:11 CRI

Pada tahun 2008, 12 hari selepas Sukan Olimpik ke-29 diadakan di Beijing, Sukan Paralimpik ke-13 juga turut akan diadakan di Beijing. Kini, di samping pelbagai persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing berjalan lancar. Usaha persiapan bagi Sukan Paralimpik Beijing juga dilaksanakan menurut jadual. Jawatankuasa Sukan Penganjur Olimpik Beijing berjanji bahawa kedua-dua temasya sukan tersebut harus sama dibuat persiapan dan dipentingkan.

Sukan Paralimpik Beijing akan diadakan di Beijing pada 6 September tahun 2008 dan ditutup pada 17 September. Setakat ini, seramai lebih 4000 orang atlet, lebih 2500 orang jurulatih dan pegawai serta lebih 4000 wartawan akan menyertai temasya sukan tersebut. Sukan Paralimpik terdiri daripada 20 acara, antaranya 18 acara diadakan di Beijing. Pertandingan acara kapal layar dan acara ekuestian masing-masing diadakan di Qing Dao dan Hong Kong China. Kebanyakan pertandingan dalam Sukan Paralimpik diadakan di stadium Sukan Olimpik.

Berbeza dengan Sukan Olimpik, walaupun Sukan Paralimpik hanya terdiri daripada 20 acara, akan tetapi sebanyak 471 pingat emas akan dipertandingkan dalam temasya sukan tersebut. Jumlah pingat emas jauh lebih banyak berbanding Sukan Olimpik, oleh itu skop pertandingan amat besar dan tuntutan terhadap pihak penganjur juga amat tinggi. Naib Pengerusi Persatuan Orang Kurang Upaya China yang merangkap Naik Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Puan Tang Xiaoquan menyatakan bahawa persiapan bagi Sukan Paralimpik Beijing sedang berjalan lancar. Berhubung dengan jumlah pingat emas dalam Sukan Paralimpik yang lebih banyak berbanding dengan jumlah pingat Sukan Olimpik, Puan Tang menjelaskan bahawa berdasarkan peraturan penganjuran Sukan Paralimpik dan menjamin kesamarataan dan keadilan pertandingan, sebelum Sukan Paralimpik dirasmikan, pertandingan penentuan bagi pelbagai acara dan katerogi harus diadakan terlebih dahulu. Beliau berkata: "Contohnya, hanya satu pingat emas dipertandingkan dalam acara lari 100 meter lelaki Sukan Olimpik, manakala disebabkan oleh pertandingan dalam Sukan Paralimpik dibahagikan kepada kumpulan cacat anggota badan, kumpulan cacat bahagian kepala, kumpulan cacat penglihatan dan lain-lain, maka, 11 pingat emas ditetapkan dalam pertandingan acara lari 100 meter lelaki Sukan Paralimpik."

Salah satu usaha persiapan bagi Sukan Paralimpik Beijing ialah pembinaan kemudahan tanpa halangan di stadium dan lalu lintas. Puan Tang menyatakan bahawa sempena penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, kemudahan tanpa halangan di Beijing akan selaras dengan tuntutan Jawatankusa Sukan Paralimpik Antarabangsa dan menyediakan syarat yang terbaik bagi penganjuran Sukan Paralimpik.

Beliau berkata:"Tuntutan penganjuran Sukan Paralimpik agak tinggi dalam bidang lalu lintas. Kami akan menyediakan perkhidmatan bas kepada para peserta dan perkhidmatan bas khas awam kepada para penonton. Badan kerajaan yang berkenaan berusaha melaksanakan cadangan pembinaan kemudahan tanpa halangan dalam sistem bas awan Beijing. Pada masa itu, sama ada orang biasa atau orang kurang upaya akan menikmati perkhidmatan lalu lintas yang baik."

Selain itu, pelbagai persiapan Sukan Paralimpik yang lain juga turut berjalan lancar, kebanyakan perusahaan penaja bagi Sukan Olimpik Beijing juga akan menaja Sukan Paralimpik dan seramai 30 ribu sukarelawan Sukan Paralimpik sedang dicalonkan. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah menubuhkan Jabatan Sukan Paralimpik yang bertanggungjawab dalam urusan persiapan temasya sukan itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |