v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kegiatan Penduduk Beijing dalam Mengalu-alukan Ketibaan Sukan Olimpik
2006-09-15 17:10:59 Agensi Berita Xinhua China

Sukan Olimpik Beijing akan diadakan dalam masa 2 tahun lagi. Pelbagai lapisan masyarakat telah mengadakan persiapan dan berusaha untuk menjayakan sukan Olimpik. Penduduk Beijing dan banyak pertubuhan giat mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengalu-alukan ketibaan sukan Olimpik.

Pertama, hampir 10 ribu orang memberikan perkhidmatan sukarela.

Baru-baru ini, hampir 10 ribu orang sukarelawan Beijing mengadakan aktiviti sukarela yang berlangsung selama 40 hari di 8 daerah pusat bandar Beijing. Mereka memberikan perkhidmatan secara sukarela di beberapa pusat komunikasi Beijing. Sukarelawan tersebut terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Ada yang berumur 20 tahun, ada juga yang berusia lebih 50 tahun. Kesemua sukarelawan tersebut memakai topi yang berwarna biru tersenyum dan reben merah yang mempunyai tulisan mengalu-alukan sukan Olimpik.

Persatuan Sukarelawan Beijing juga menyelenggarakan aktiviti yang bertemakan "Senyuman" dengan 25 buah media di Beijing. Mereka mengadakan inisiatif senyuman terhadap masyarakat dan mencadangkan penduduk Beijing meningkatkan mutu diri dan memberi perkhidmatan kepada sukan Olimpik.

Kedua, perkhidmatan perdagangan akan ditingkatkan.

Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Beijing Lu Yan menyatakan, Beijing mengadakan Sidang Pertukaran Industri Perkhidmatan dan Perdagangan Ibu Negara Mengalu-alukan Sukan Olimpik adalah untuk melaksanakan "Rancangan 3 Tahun Industri Perkhidmatan dan Perdagangan Beijing untuk Mengalu-alukan Ketibaan Sukan Olimpik". "Bandar Bejiing akan meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran kerja kakitangan sector perkhidmatan dan perdagangan menerusi latihan vokasional."

Ketiga, kereta berbentuk naga dibina.

Pada beberapa hari lalu, 5 buah kereta yang berbentuk naga telah berlepas dari Tapak Manusia Peking Gunung Longgu Zhoukoudian Beijing. Pihak penganjur menyatakan bahawa kereta naga tersebut akan menamatkan perjalanan sepanjang 120 ribu kilometer dalam tempoh 2 tahun akan datang untuk mengalu-alukan ketibaan sukan Olimpik. Wartawan telah menyaksikan kereta naga tersebut yang telah dipasang kerangka berbentuk naga yang diperbuat daripada angka 2008 dan pada bahagian belakang kereta itu dipasangkan papan pengiraan detik penyelenggaraan sukan Olimpik. Kereta itu sebenarnya basikal yang beroda 5, bentuknya serupa dengan logo sukan Olimpik. Setiap kereta naga dinaiki oleh 5 orang.

Pihak penganjur memaklumkan bahawa proses pembuatan kereta naga sangat rumit. Untuk menghasilkan kereta naga yang paling bagus, telah terdapat 3 jenis kereta naga terpaksa disingkirkan dalam tempoh 2 tahun lalu.

Keempat, Kem Pertukaran Belia Sukan Asia diadakan di Beijing.

Kem Pertukaran Belia Tuan Rumah Sukan Asia datang ke Beijing untuk kali ke-2 bagi mengadakan perbincangan dan pertukaran dalam bidang pendidikan, kebudayaan, sukan, muzik, sosial, alam sekitar dan lain-lain, dan mengadakan persiapan untuk Sukan Olimpik 2008. Dalam upacara perasmian, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Beijing Liga Belia China Liu Jian telah mewakili pihak penganjur untuk bertukar-tukar cenderamata dengan wakil bandar Hiroshima, Pusan dan Bangkok.

Pihak penganjur memaklumkan, dalam tempoh seminggu, anggota kem itu telah mengunjungi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, mengadakan pertandingan pengambilan foto, menyertai aktiviti sukarela Beijing, mengalami aktiviti budaya dan sukan tradisional Beijing. Kem itu telah diadakan pada tahun 1999 di Bangkok, dan diadakan secara bergilir di 5 bandar yang pernah menyelenggarakan sukan Asia, antaranya, Beijing, Pusan, Hiroshima, Delhi, Kuala Lumpur. Anggotanya biasanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan universiti yang berumur antara 16 sampai 25 tahun. Ini merupakan kali ke-2 Beijing menyelenggarakan kem itu.

Selain itu, rombongan pertukaran kebudayaan yang terdiri daripada hampir 100 orang pelajar dari Tanah Besar, Hong Kong, Makau dan Taiwan China juga datang ke Lapangan Tian'anmen baru-baru ini. Mereka masing-masing bekerja sebagai sukarelawan, wartawan, guru dan atlet untuk sehari, bagi mengalu-alukan ketibaan Sukan Olimpik Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |