v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Bola Keranjang Wanita China Timba Pengalaman daripada Kejohanan Dunia
2006-09-26 13:48:49 CRI

Kejohanan Dunia Bola Keranjang Wanita ke-15 telah diadakan di bandar Sao Paulo, Brazil pada 12 hingga 23 September. Pasukan China gagal mencapai matlamat untuk menduduki tangga lapan teratas dalam pertandingan tersebut. Akan tetapi, matlamat muktamad pasukan bola keranjang wanita China yang puratanya berumur 23 tahun adalah untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Penyertaan dalam kejohanan tersebut telah menambah pengalaman mereka.

Sebagai pertandingan bola keranjang wanita yang berprestij tinggi, Kejohanan Dunia menarik penyertaan pelbagai atlet hebat di dunia. Pasukan bola keranjang wanita China sebagai juara Asia dikelompokkan dalam kumpulan yang sama dengan pasukan A.S. yang dua kali menjadi juara kejohanan dunia sebanyak dua kali, pasukan Rusia yang menduduki tangga kedua di dunia dan pasukan Nigeria iaitu juara Afrika. Ketiga-tiga pasukan yang sangat hebat tersebut menyukarkan pasukan China melayakkan diri dalam pertandingan lapan tangga teratas. Pasukan China dikalahkan oleh pasukan A.S. dan pasukan Rusia tetapi berjaya menewaskan pasukan Negeria. Selepas itu, pasukan China dikalahkan oleh pasukan Czech tetapi menewaskan pasukan Cuba. Dalam pertandingan pusingan akhir, pasukan China menghadapi pasukan Prancis. Sekiranya pasukan China ingin menduduki lapan tangga teratas, mereka harus mendapat lebih 15 mata daripada pesaing. Akan tetapi, pasukan China hanya mengalahkan pasukan Perancis dengan mata 66:64 dan gagal melayakkan diri dalam pertandingan lapan pemenang teratas. Kekalahan tersebut tidak melemahkan semangat pasukan China. Anggota pasukan bola keranjang wanita China menyatakan bahawa mereka menimba pengalaman yang berharga daripada pertandingan tersebut dan juga turut meningkatkan keyakinan diri. Atlet China Chen Xiaoli menyatakan bahawa beliau menyedari terdapatnya jurang dengan pasukan A.S., Rusia, Czech dan pasukan hebat yang lain dalam pertandingan tersebut. Beliau berkata, "Contohnya teknik dan pergerakan untuk mendapat bola pantulan, walaupun kehebatan tenaga fizikal tidak setara berbanding dengan pasukan A.S. dan Eropah, akan tetapi teknik kami masih mampu."

Sebenarnya, pasukan China tidak dapat melayakkan diri dalam pertandingan lapan pemenang teratas bukan disebabkan mereka tidak memberi persembahan yang baik, akan tetapi sebab utama ialah pasukan China menghadapi pesaing yang sangat hebat berbanding kemampuan mereka sendiri. Naib Pengerusi Persatuan Bola Keranjang China, Li Yuanwei menyatakan bahawa semangat pasukan bola keranjang China dalam pertandingan tersebut amat mengharukan beliau. Disebabkan oleh peningkatan teknik dan prestasi, pasukan China dapat bertanding dengan pasukan hebat A.S. dan Eropah, ini merupakan kejayaan besar yang dicapai oleh pasukan China.

Ketua jurulatih pasukan bola keranjang wanita China, warga Australia Tom Maher berpendapat bahawa matlamat utama penyertaan pasukan China dalam pertandingan tersebut adalah untuk meningkatkan pengalaman. Beliau berkata: "Seiring dengan penganjuran pertandingan tersebut, kemajuan kami semakin ketara. Penyertaan dalam pertandingan tersebut merupakan pengalaman baru bagi anggota pasukan kami. Mereka dapat menguasai teknik bermain dalam pertandingan dan cara mengekalkan kemenangan. Saya ingin mengucapkan tahniah, bukan saja atas usaha mereka dalam enam bulan yang lalu, tetapi juga persembahan mereka dalam pertandingan."

Naib Pengerusi Persatuan Bola Keranjang China, Li Yuanwei bersetuju dengan pandangan ketua jurulatih Tom Maher iaitu penyertaan pertandingan tersebut meningkatkan pengalaman pasukan China untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau berkata: "Pada keseluruhannya terdapat sedikit kekecewaan, akan tetapi saya berpendapat bahawa pertandingan tersebut melatih pasukan kami. Walau bagaimanapun kami ingin mencapai kecemerlangan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, maka kejohanan tersebut amat berfaedah bagi pasukan China meningkatkan prestasi mereka sendiri."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |