v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Maskot yang Menjelaskan Gagasan Sukan Paralimpik Beijing 2008 telah Diumumkan.
2006-09-29 15:47:07 CRI

Pada 6 September lalu, di kaki Tembok Besar, bersempena dengan kiraan detik 2 tahun penganjuran Sukan Paralimpik Beijing 2008, seekor lembu kecil yang comel, berani dan bertuah, Fu Niu Lele diumumkan sebagai maskot Sukan Paralimpik Beijing 2008. Imej lembu yang melambangkan semangat atlet paralimpik yang gigih dan berani amat bersesuaian dengan watak atlet paralimpik serta gagasan Sukan Paralimpik Beijing 2008.

Rekaan lembu itu mempunyai unsur tradisional dan juga sangat menarik.

Sifat lembu yang bersahaja, optimis dan rajin membawa maksud cara hidup yang positif. Sukan Olimpik menggalakkan falsafah kehidupan yang positif, selain itu, Sukan Paralimpik juga lebih mementingkan sifat berdikari orang kurang upaya dan bertindak sama dengan orang biasa, mempunyai hak persaingan dalam pertandingan, dan menggunakan semangat itu dalam kehidupan untuk memberi sumbangan kepada pembangunan sosial.

Program mereka cipta maskot "Fu Niu Lele" menggabungkan gaya rekaan gambar cetak, lukisan tahun baru China dan mainan tradisional China, dan bercampur dengan keistimewaan kartun moden supaya maskot itu memperlihatkan keadaan tradisional dan moden.

"Fu Niu Lele" akan bersama-sama dengan 5 Friendlies bagi memaparkan budaya China dan gagasan rakyat China terhadap semangat Olimpik.

Wartawan mewawancara pereka maskot "Fu Niu Lele", profesor Institut Seni Lukis Universiti Tsinghua, Wu Guanying.

20 April tahun ini merupakan tarikh yang istimewa bagi profesor Wu Guanying. Sejak hari itu, beliau mula menyertai pertandingan mereka cipta maskot Sukan Paralimpik Beijing. Beliau menyatakan, "Pada hari itu, pemimpin Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah meminta saya untuk mereka cipta maskot itu." Pada masa itu, jawatankuasa tersebut menyediakan 3 pilihan perekaan, iaitu Raja Monyet, Dolfin Bersirip Putih dan Ne Zha sebuah imej mitos China. Wu Guanying menyatakan, beliau berfikir selama beberapa hari dan pada pendapatnya imej Raja Monyet dan Dolfin Bersirip Putih sudah digunakan secara meluas dan sukar untuk dilakukan inovasi. Tambahan pula, para pakar juga berpendapat bahawa ketiga-tiga imej itu agak berbeza dengan prinsip dan cogan kata sukan Paralimpik. Misalnya, Ne Zha agak agresif dan tidak sesuai dengan gagasan sukan Paralimpik. Maka, mereka harus mencari imej yang baru.

Selepas berfikir dengan teliti, akhirnya imej lembu terpilih. Pada pendapat Wu Guanying lembu melambangkan semangat kesukanan Paralimpik. Wu Guanying menyatakan, "Antara kesemua binatang, yang paling berkesan bagi saya ialah lembu".

Dalam rekaan tersebut, profesor Wu cuba memperlihatkan semangat atlet Paralimpik yang optimis dan kuat. Beliau sangat mementingkan semangat itu. Maka, semasa mereka cipta maskot itu, beliau menggunakan warna yang agak terang. Beliau bekata, imej lembu "Jarang dipilih sebagai sesuatu maskot. Imej lembu yang tenang boleh mewakili orang ramai".

Semasa di pejabatnya, Wu Guanying menunjukkan banyak draf kepada wartawan. Maskot itu telah berkali-kali dilakukan perubahan. "Kalau dihitung, maskot itu telah diubah hampir 2 ribu kali". Beliau juga memaklumkan, gerakan maskot itu mengajuk gerakan kanak-kanak.

Meskipun maskot "Lembu Fu Niu Lele" diumumkan setengah tahun lebih lewat daripada Friendlies, tetapi maskot itu juga sangat digemari oleh penduduk Beijing. Sejak maskot itu diumumkan hingga kedai-kedai sukan Olimpik ditutup hanya setengah jam, tetapi ramai orang tunggu di kedai-kedai itu untuk membeli Fu Niu. Dimaklumkan, selain mainan dan cenderamata, sampul surat yang dicetak dengan imej "Fu Niu Lele" juga mula dijual di pelbagai pejabat pos Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |