v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Popularkan Pendidikan Sukan Olimpik untuk Remaja
2006-10-05 13:41:20 CRI

Sukan Olimpik akan diadakan di Beijing pada tahun 2008. Ini menyediakan peluang bagi Beijing untuk mempopularkan kebudayaan sukan Olimpik. Mengadakan pendidikan Olimpik, mengobarkan semangat Olimpik, mempopularkan pengetahuan tentang Olimpik dan mengembangkan sukan sekolah merupakan salah satu tugas dalam kerja persiapan sukan Olimpik 2008 dan paralimpik. Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing telah berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.

Setelah Beijing dipilih sebagai tuan rumah untuk mengadakan sukan Olimpik 2008, Jawatankuasa Penganjur Olimpik Beijing telah memberikan perhatian yang tinggi terhadap pendidikan sukan Olimpik. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan Olimpik Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa, Encik He Zhenliang menyatakan bahawa mempopularkan pengetahuan tentang sukan Olimpik serta mengobarkan semangat sukan Olimpik telah ditetapkan dalam kontrak yang ditandatangani antara Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa. Sukan Olimpik 2008 akan menyediakan peluang yang baik untuk mempopularkan sukannya untuk remaja China. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing berusaha mempopularkan pendidikan tentang sukan Olimpik telah mendapat sanjungan tinggi daripada Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa.

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing menaruh perhatian yang tinggi terhadap pendidikan sukan Olimpik di sekolah rendah dan sekolah menengah. Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing dan Kementerian Pendidikan China telah memulakan "Rancangan Pendidikan Sukan Olimpik di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Beijing 2008" pada tahun 2005. berdasarkan rancangan tersebut, kerajaan China akan mempopularkan pendidikan sukan Olimpik kepada 400 juta remaja di China.

Sekolah Lecheng Antarabangsa Beijing telah berjaya menyampaikan pengetahuan tentang sukan Olimpik kepada penuntutnya. Sekolah itu merupakan sekolah contoh pendidikan Olimpik yang diberi mandat daripada Jawatankuasa Penganjur Olimpik Beijing. Terdapat 200 buah sekolah contoh Olimpik seperti itu telah ditubuhkan di Beijing pada masa sekarang. Ketua Sekolah Lecheng Antarabangsa Beijing, Encik Julian Williams berkata, "Sukan Olimpik akan memberikan kenangan yang mendalam kepada kanak-kanak di Beijing. Kami berusaha menggabungkan pendidikan Olimpik dan kuri kulum kami."

Bagaimana secara berkesan menyampaikan pendidikan tentang sukan Olimpik di sekolah rendah dan sekolah menengah. Encik Julian Williams berkata, "Kami telah menggabungkan pengetahuan tentang sukan Olimpik dengan pelbagai kuri kulum termasuk matematik, geologi, biologi, perubatan, ekonomi dan lain-lain."

Di Beijing, terdapat pelbagai sekolah turut menyampaikan pengetahuan tentang sukan Olimpik dalam pelbagai kuri kulum seperti Sekolah Antarabangsa Lecheng untuk merapatkan hubungan antara sukan Olimpik dengan para penuntutnya.

Chen Jiawen merupakan seorang murid di Sekolah Antarabangsa Lecheng Beijing. Beliau berkata, "Saya berharap Sukan Olimpik Beijing diadakan sangat berjaya dan merupakan sekali sukan Olimpik yang paling cemerlang dalam sejarah".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |