v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Laksanakan Penyelidikan Ciri Fizikal Rakyat Kali Kedua
2006-10-12 12:45:21 CRI

Baru-baru ini, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China telah mengadakan sidang akhbar di Beijing dan memaklumkan keputusan penyelidikan ciri fizikal rakyat China kali kedua. Sebagai cara penting untuk mengenali ciri fizikal rakyat China, usaha penyelidikan ciri fizikal semakin dipentingkan.

Penyelidikan ciri fizikal merupakan aktiviti yang dilaksanakan oleh China dalam lingkungan seluruh negara untuk mengetahui keadaan ciri fizikal rakyat China. Beberapa negara maju jauh lama amat mementingkan usaha penyelidikan terhadap ciri fizikal rakyat. Contohnya, penyelidikan ciri fizikal di Jepun telah dilaksanakan selama lebih kurang seratus tahun. Seiring dengan perkembangan sosioekonomi, kerajaan China semakin mementingkan kadaan ciri fizikal rakyat. Penyelidikan ciri fizikal kebangsaan pertama diadakan pada tahun 2000 dan ditetapkan bahawa penyelidikan seumpama itu diadakan lima tahun sekali. Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Puan Hu Jiayan berpendapat bahawa penyelidikan pada tahun 2000 telah menyediakan asas yang baik untuk mengenali cara fizikal rakyat China dalam jangka tempoh yang panjang. Beliau berkata: "Pada tahun 2000, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China bekerjasama dengan 9 badan kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan lain-lain menubuhkan sisitem penyelidikan di 31 provinsi dan bandar China serta memperoleh data asas tentang ciri fizikal rakyat China pada penghujung abad ke-20. Tindakan tersebut telah menyediakan asas yang baik bagi mengenali keadaan dan perubahan ciri fizikal China dalam tempoh yang panjang."

Pada tahun 2005, 10 badan kerajaan termasuklah Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan lain-lain telah melaksanakan penyelidikan kali kedua di 31 provinsi China. Usaha tersebut diselesaikan pada penghujung tahun lalu. Orang yang menerima penyelidikan tersebut ialah warganegara China yang berumur dalam lingkungan 3 hingga 69 tahun. Mereka dibahagikan dalam empat kumpulan iaitu kanak-kanak, pelajar, remaja dan warga tua. Penyelidikan tersebut meliputi 223.2 ribu orang yang berasal dari 25 etnik. Kandungan penyelidikan tersebut termasuklah 24 indeks dalam empat bidang iaitu keadaan ciri fizikal, tubuh badan, kehebatan tenaga fizikal dan kesihatan. Dalam penyelidikan tersebut, China buat pertama kalinya menetapkan dan menggunakan indeks sintesis ciri fizikal rakyat. Puan Hu Jiayan berkata: "Selepas penyelidikan pertama, kami mendengar pandangan Biro Statistik Negara China dan mengkaji indeks sintesis ciri fizikal rakyat dan menetapkan cadangan riadah rakyat seluruh negara serta memandu mereka menjalankan riadah secara saintifik."

Selain itu, Hu Jiayan juga turut menyatakan bahawa kerajaan China mementingkan usaha penyelidikan ciri fizikal rakyat bertujuan untuk tepat mengetahui keadaan dan perubahan ciri fizikal rakyat China bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan dan riadah yang lebih saintifik kepada rakyat China. Pada masa depan, usaha tersebut akan ditingkatkan dan menjadi komponen sistem perkhidmatan kesihatan awam China. Hu Jiayan berkata: "Kami akan bercadang bahawa kerajaan, badan kesukanan, badan hal ehwal awan, badan buruh dan badan jaminan sosial bekerjasama dan berdasarkan penyelidikan ciri fizikal menggabungkan perkhidmatan penyelidikan kesihatan, pencegahan penyakit, penasihtan psikologi dan lain-lain bagi menubuhkan sisitem perkhidmatan kesihatan supaya menganjurkan dan mendorong rakyat China menubuhkan cara kehidupan yang sihat."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |