v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beberapa Cadangan yang Dikemukakan oleh Pakar dan Orang Ramai Beijing untuk Menjayakan Sukan Olimpik.
2006-10-18 17:19:16 CRI

Tarikh Sukan Olimpik Beijing 2008 semakin dekat. Untuk menjayakan sukan Olimpik itu dan membina Sukan Olimpik Beijing sebagai sukan Olimpik kemanusiaan. Bandar Beijing telah mengambil tindakan untuk mengeluarkan pelbagai dasar dan mengadakan kerja persiapan. Para pakar dan orang ramai juga menumpukan perhatian terhadap kerja persiapan bagi sukan Olimpik dan telah mengemukakan banyak cadangan yang baik. Cadangan-cadangan tersebut meliputi bidang meningkatkan kualiti kebudayaan penduduk, melindungi pemandangan Beijing sebagai ibu negara pada zaman silam, memperbaiki alam sekitar bagi haiwan liar dan lain-lain.

Muzium Sukan Negara akan dibina di Daerah Chongwen.

Dalam Sidang Kongres Rakyat Bandar Beijing pada tahun lalu, kumpulan Daerah Chongwen dan wakil, Yan Xingci serta lain-lain telah mencadangkan supaya membina Muzium Sukan Negara di "Taman Industri Kesukanan Longtanhu" yang sedang dibina di Daerah Chongwen.

Sehubungan dengan kebanyakan kemudahan sukan yang besar di Beijing seperti Kampung Sukan Asia dan Kampung Sukan Olimpik terletak di bahagian utara bandar Beijing, para wakil berharap Muzium Sukan Negara dapat dibina di dalam "Taman Industri Kesukanan Longtanhu". Dengan berbuat demikian, masalah kekurangan kemudahan kesukanan besar di bahagian selatan bandar Beijing akan dapat diselesaikan.

Para wakil berpendapat, taman tersebut berhampiran dengan Taman Tiantan dan Taman Longtanhu dan komunikasinya sangat leluasa. Dan Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China juga terletak di Daerah Chongwen. Jika muzium itu dibina di kawasan itu, pasti akan memudahkan lawatan para pengunjung dalam dan luar negeri.

Taman Industri Kesukanan Longtanhu juga telah menyediakan tanah untuk pembinaan muzium itu.

Setelah pertimbangan yang teliti, Suruhanjaya Perancangan Bandar Beijing telah memberi jawapan. "Kami telah berbincang dengan badan yang berkaitan dan telah membuat kajian. Kami akan berusaha untuk menyokong pembinaan projek itu." Demikian dimaklumkan oleh seorang pegawai berkaitan di Suruhanjaya Perancangan Bandar Beijing yang bertanggungjawab atas projek itu. Dimaklumkan, kerana Muzium Sukan Negara yang sedia ada itu telah agak lama, skalanya juga kecil dan tidak dapat memenuhi keperluan semasa menyelenggarakan Sukan Olimpik 2008. Maka, muzium itu akan digantikan dengan Muzium Sukan Negara yang baru.

Dimaklumkan, dalam projek "Taman Industri Kesukanan Daerah Chongwen" akan dibina sebuah "Taman Tema Sukan" di Taman Longtanhu.

Katanya, Taman Longtanhu menyediakan kemudahan acara sukan yang baru untuk Taman Tema Sukan, seperti dinding pendakian, ruangan permainan kasut roda, gelanggang bola pintu serta ruangan skuasy dan lain-lain. Antaranya, dinding pendakian dan ruangan permainan kasut roda telah selesai dibina dan mula beroperasi. Pegawai Taman Longtanhu menyatakan, "Meskipun projek pembinaan kemudahan tersebut sangat besar, namun, sebab projek tersebut dibina satu demi satu, maka taman kami beroperasi secara normal dan para pelawat taman kami tidak diganggu".

Beijing akan membina "Laluan Hijau" untuk pempopularan pengetahuan tentang sukan Olimpik.

Wakil He Huiling mengemukakan cadangan "Meningkatkan pempopularan pengetahuan tentang sukan Olimpik dan kualiti warga." Menurut cadangannya, di tempat umum seperti lapangan terbang, stesen kereta api dan bas, stadium sukan Olimpik, terutamanya kawasan yang ramai, dibina kemudahan untuk memperkenalkan pengetahuan tentang sukan Olimpik kepada umum. Di sekolah, kawasan penduduk di bandar, desa, perusahaan dan institusi diadakan aktiviti untuk memperkenalkan pengetahuan tentang sukan Olimpik. Dan di pihak media seperti radio, stesen TV, akhbar dan internet harus disediakan "Laluan hijau" kepada penduduk Beijing untuk mempelajari pengetahuan tentang sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |