v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Acara Bot Kuasa F1 Diminati Ramai di China
2006-10-19 10:43:06 CRI

Kejohanan Dunia Bot Kuasa F1 2006 diadakan di bandar Chouzhou, barat daya China baru-baru ini. Acara bot kuasa semakin diminati ramai di China.

Kejohanan Dunia Bot Kuasa F1 merupakan perlumbaan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bot Kuasa Antarabangsa (UIM) pada tahun 1981. Pengerusi Persekutuan Bot Kuasa Antarabangsa Encik Nicolo di San Germano memaklumkan bahawa di dunia terdapat seramai tiga juta orang menyaksikan perlumbaan acara bot kuasa di stadium pada setiap tahun dan seramai lebih 15 bilion orang menikmati perlumbaannya menerusi stesen TV. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bandar Hangzhou, Wuxi, Xiamen dan Shanghai China berturut-turut mengadakan perlumbaan penentuan acara tersebut. Pada tahun ini, perlumbaan acara tersebut buat pertama kalinya diadakan di kawasan barat China. Selepas perlumbaan tersebut, ramai penonton menyatakan bahawa walaupun mereka tidak memahami peraturan perlumbaan, akan tetapi kepentasan dan semangat yang ditnjukkan dalam perlumbaan tersebut menarik para penonton.

Atlet A.S. Scott Gillman meraih juara dalam perlumbaan tersebut. Atlet ternama Itali Guido Cappellini hanya menduduki tangga ke-6. Atlet China yang satu-satunya menyertai pertandingan tersebut Peng Linwe menduduki tempat ke-16. Juara acara perlumbaan tersebut Scott Gillman menyanjung tinggi pihak penganjur perlumbaan kali ini. Beliau berkata bahawa persiapan bagi penganjuran perlumbaan tersebut amat baik, beliau sangat puashati terhadap kejayaan yang dicapainya di China. Atlet Itali Guido Cappellini yang pernah mencapai kejayaan dalam perlumbaan yang diadakan di bandar Hangzhou dan Wuxi menyanjung tinggi keghairahan pihak media China terhadap perlumbaan tersebut. Beliau berkata: "Saya amat gembira kembali ke China, sebab saya bernasib baik di sini dan rakyat China baik hati. Kemudahan lorong di bandar Chouzhou sangat bagus dan merupakan lorong yang paling baik saya dapati. Pihak media China berjaya membuat propaganda perlumbaan."

Berdasarkan peraturan perlumbaan, atlet yang menduduki tangga kesepuluh teratas barulah memperoleh mata. Walaupun atlet China Peng Linwu tidak mencapai kejayaan tersebut, akan tetapi pasukan China memperoleh mata sebab atlet Perancis Chiappe Phillipe yang baru menganggotai pasukan China menduduki tangga ke-7 dalam perlumbaan tersebut. Semasa dinyata mengapa beliau menganggotai pasukan China yang tidak pernah mencapai kejayaan dalam acara bot kuasa, Chiappe Phillipe menyatakan bahawa: "Saya berpendapat bahawa perlumbaan acara bot kuasa yang diadakan di China sama seperi perlumbaan di negara lain. Kita dapat melihat propadanga di mana-mana tempat dan perlumbaan tersebut menarik ramai penonton. Tempat perlumbaan amat baik. Bandar Chongzhou yang hanya menggunakan sembilan bulan telah selesai membina lorong perlumbaan sangat mengkagumkan saya. Saya yakin bahawa pasukan China akan menjadi pasukan juara dunia dalam tempoh dua tahun akan datang."

Kini, walaupun acara bot kuasa tidak popular di China dan pengetahuan orang ramai terhadap acara itu tidak banyak. Akan tetepi atlet China Peng Linwu yakin bahawa seiring dengan pembangunan China, ramai orang akan menyertai acara bot kuasa. Beliau berkata: "Saya berpendapat bahawa penganjuran perlumbaan tersebut amat bererti. Pertama, orang ramai dapat menikmati perlumbaan yang amat menarik dan kedua saya berpendapat bahawa seiring dengan perkembangan ekonomi China dan peningkatan pendapatan rakyat China, ramai orang akan menyertai acara sukan air. Saya berpendapat bahawa acara bot kuasa tentu akan mendorong perkembangan industeri bot pelancongan di China."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |