Pada 8 Oktober 2003, Perdana Menteri China Wen Jiabao dalam Sidang Kemuncak ASEAN dan China ke-7 yang diadakan di Bali Indonesia telah mencadangkan mulai tahun 2004, Ekspo China-ASEAN akan diadakan di Bandar Nanning Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada November setiap tahun. Cadangan tersebut telah dialu-alukan oleh pemimpin pelbagai negara anggota ASEAN dan telah disenaraikan dalam kenyataan pengerusi sidang tersebut.
|