v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet dari Pelbagai Negara yang Sertai Sukan Olimpik Khas Merasai Baik Hari Penduduk Shanghai, China
2006-10-26 15:40:51 CRI

Baru-baru ini, kita dapat melihat slogan "Anda boleh, Saya Mampu" di mana-mana tempat di bandar Shanghai China. Sebab pertandingan undangan Sukan Olimpik Khas 2006 telah diadakan di Shanghai pada 15 hingga 20 Oktober lalu. Dalam tempoh pertandingan tersebut, atlet dari pelbagai negara telah melawat tempat kediaman penduduk Shanghai dan memperlihatkan keharmonian rakyat bandar itu.

Sukan Olimpik Khas diadakan untuk orang terencat akal. Sukan Olimpik Khas Musim Panas 2007 ke-12 akan diadakan di bandar Shanghai China. Untuk mejayakan temasya sukan tersebut, bandar Shanghai mengadakan pertandingan undangan Shanghai Sukan Olimpik Khas pada 15 hingga 20 Oktober lalu untuk menimba pengalaman penganjuran. Seramai hampir 2000 atlet dari 19 buah negara dan kawasan telah menyertai pertandingan undangan tersebut.

Dalam pertandingan tersebut, satu aktiviti yang bertajuk "projek layanan ke kawasan kediaman penduduk" dilaksanakan di pelbagai kaunti dan daedah di bandar Shanghai. Para peserta telah melawat rumah penduduk Shanghai yang biasa. Di sana, mereka mendapat layanan yang baik. Sebenarnya, "layanan di kawasan kediaman penduduk tempatan" merupakan program tradisional penganjuran Sukan Olimpik Khas. Dalam tempoh sebelum atau diadakannya setiap Sukan Olimpik Khas, pihak penganjur mengadakan aktiviti tersebut. Melalui aktiviti itu, para peserta dapat menyesuaikan sendiri dengan selisih waktu, iklim dan makanan tempatan.

Untuk memudahkan komunikasi, pihak penganjur telah mengadakan latihan bahasa dan mencalonkan sukarelawan yang mahir bertutur bahasa asing. Penduduk Shanghai menunjukkan budaya adat resam dan cara buatan kraftangan tradisional China. Ketua delegasi A.S. Mark Capano menyatakan bahawa: "Saya bernasib baik menjadi ketua delegasi A.S. Sukan Olimpik Khas 2007. Saya sangat kagum kemajuan China. Rakyat Shanghai baik hati dan makanan China juga turut meninggalkan kesan yang mendalam bagi saya. Kami mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sini yang melayan kami dengan ghairah."

Dalam aktiviti tersebut, para peserta dan penduduk Shanghai bersama-sama mewujudkan tujuan Sukan Olimplik Khas iaitu "Nikmatik samarata, Menerima dan Bersabar". Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Sukan Olimpik Khas 2007 yang juga Naib Datuk Bandar Shanghai Zhou Taitong berkata: "Sukan Olimpik Khas berbeza dengan temasya sukan yang lain. Tujuannya adalah untuk mendorong penyertaan seluruh masyarakat dalam aktiviti tersebut. Aktiviti itu bukan satu-satunya memberi bantuan secara sepihak. Perkara yang lebih penting ialah berkongsi antara satu sama lain dan menyertai dengan sama rata. Saya berpendapat bahawa diadakannya temasya sukan bukan perkara yang sukar, biarkan semua orang menerima dan menyertai aktif konsep yang maju itu merupakan perkara yang penting."

Dalam aktiviti "layanan di tempat kediaman" tersebut, para atlet dan penduduk Shanghai bergaulan secara harmoni. Cik Wang Minyue merupakan seorang mahasiswi di jurusan bahasa Jerman Universiti Industri dan Perdagangan Shanghai. Beliau menjadi salah seorang sukarelawam yang bertanggungjawab sebagai peterjemah delegasi Austria. Beliau menceritakan perkara yang meninggalkan kesan mendalam bagi beliau dalam penterjemahan itu. Beliau berkata: "Selepas acara tarian beramai-ramai, seorang atlet menghulurkan tangan dan ingin memeluk saya. Kami memeluk selama seminit. Perasaan itu akan mendalam bagi saya. Saya pelukan itu riyang gembira kerana tanpa perbezaan bahasa dan kewarganegaraan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |