Pada tahun 1930-an, penulis yang terkenal di China, Encik Lu Xun ketika mengulas tentang modenisasi kebudayaan China pernah berkata, "Kebudayaan yang hanya bercirikan kebangsaan barulah boleh dikongsi oleh seluruh dunia". Pepatah ini membuatkan kebudayaan kebangsaan China berjaya mencari nilai ekonomi sendiri dalam gelombang pasaran ini.
Di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, terdapat 12 buah kaunti autonomi, 58 buah mukim etnik dan 12 etnik yang termasuk etnik Zhuang, Yao, Miao, Dong, Maonan dan lain-lain. Untuk meneroka peluang perdagangan ASEAN, kerajaan wilayah itu sentiasa berusaha untuk membangunkan ekonomi di kawasan etnik minoriti di samping memperbaiki keadaan kehidupan dan pengeluaran penduduk etnik minoriti.
Bandar Chongzuo ialah satu kawasan mundur yang mempunyai penduduk etnik Zhuang yang terbanyak di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kerajaan bandar Chongzuo telah menjalankan "tindakan memakmurkan sempadan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat" dengan berdasarkan ciri-ciri sendiri. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan penubuhkan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, pembinaan "Dua Koridor dan Satu Lingkaran" China-Vietnam serta pengoperasian lebuh raya Nanyou, bandar Chongzuo telah mencepatkan pembinaan infrastruktur di pintu keluar masuk sempadan di samping mengembangkan perdagangan di sempadan untuk mendorong pembangunan sosioekonominya. Selain itu, satu lingkaran ekonomi pelancongan juga telah dibentuk di bandar itu.
Bersempena dengan pembinaan infrastruktur di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, pelbagai bandar dan kaunti di wilayah itu berturut-turut meneroka keistimewaan kebudayaan di samping membangunkan ekonomi masing-masing. Misalnya, bandar Hechi yang berusaha untuk mendorong perkembangan sektor pelancongan dengan menggabungkan sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan wilayah autonomi dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan, penarikan pelaburan serta pesta lagu rakyat
|