v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Untuk Kedamaian dan Kemakmuran Asia-Analisis Kedudukan ASEAN dalam Strategi Dasar Luar China
2006-10-30 12:27:10 CRI

Pemimpin 10 negara ASEAN telah berkumpul di Nanning hari ini untuk memperingati ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN. Pakar berkenaan berpendapat bahawa keunggulan geologi, usaha pelbagai pihak dalam 15 tahun lalu dan kerjasama pelbagai pihak dalam urusan antarabangsa menjadikan ASEAN berhubungan lebih erat dengan China. Kedudukannya terus meningkat dalam strategi dasar luar China.

Hubungan rakan strategik merupakan bentuk tertinggi dalam hubungan China dengan negara dan kawasan lain. China terlebih dahulu menjalinkan hubungan rakan strategik dengan ASEAN. Ini membuktikan China mengetahui peranan penting yang dimainkan oleh ASEAN dalam strategi dasar luar dan memperlihatkan diplomasi China-ASEAN sedang berkembang secara stabil.

Berdasarkan hubungan politik yang baik, China dengan aktif memperluas kerjasama dengan ASEAN. Kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi yang Menyeluruh dan memutuskan menubuhkan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN yang mempunyai penduduk yang paling ramai di dunia pada tahun 2010. Kedua-dua pihak juga menetapkan kerjasama dalam 10 bidang iaitu pertanian, industri maklumat, sumber manusia, pelaburan, penerokaan Sungai Mekong, komunikasi, sumber tenaga, kebudayaan, pelancongan, kesihatan awam dan juga mengadakan kerjasama dalam bidang pelaksanaan undang-undang, pertukaran antara pemuda dan keselamatan bukan tradisional. Kedua-dua pihak juga membentuk Dana Kerjasama China-ASEAN dan Dana Kerjasama Kesihatan China-ASEAN untuk menyokong projek kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang.

Hubungan tersebut bukan sahaja meningkatkan saling percayai antara kedua-dua pihak dalam bidang politik, juga meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Pada tahun 2005, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua pihak telah mencapai lebih 130 bilion dolar Amerika. Dalam tempoh bermula Januari hingga Jun tahun ini, jumlah perdagangan dua hala telah mencapai 72.7 bilion dolar Amerika, meningkat 21.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. ASEAN telah menjadi rakan dagang ke-4 terbesar bagi China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |