v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dato'Lim Siang Chai: Malaysia Pentingkan Pasaran China
2006-10-31 15:02:11 CRI

Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia Dato' Lim Siang Chai menyatakan pada 26 Oktober lalu bahawa China merupakan pasaran pelancongan yang penting bagi Malaysia dan telah menjadi sumber pelancong ke-2 terbesar di belakang kawasan Asia Tenggara. Malaysia akan terus meningkatkan kualiti layanan pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong China.

Semasa diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China di Kuala Lumpur, beliau menyatakan bahawa pelancongan merupakan "sektor hijau tanpa asap" dan merupakan salah satu sektor pembangunan utama bagi Malaysia. Pelancongan bererti penting bagi menambah pendapatan wang asing dan mendorong kemakmuran ekonomi Malaysia. China mempunyai 1.3 bilion penduduk, maka potensi pasaran penggunaan sangat besar. Berdasarkan statistik pihak Malaysia, seramai 350 ribu orang di Tanah Besar China telah melawat Malaysia pada tahun 2005, menempati 2.2% daripada jumlah keseluruhan pelancong asing. Beliau berpendapat bahawa pasaran pelancongan China mempunyai ruang besar untuk berkembang terus. Dijangka, pelancong Tanah Besar China yang berkunjung ke Malaysia akan mencapai 420 ribu orang pada tahun ini, meningkat 20% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan dan Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengambil pelbagai tindakan untuk menyediakan kemudahan kepada pelancong China ke Malaysia, antaranya termasuklah meringkaskan prosedur pengurusan visa, menubuhkan kaunter perkhidmatan bahasa Mandarin di lapangan terbang antarabangsa, memasang papan tanda bahasa Mandarin di destinasi dan lain-lain. Kerajaan Malaysia juga akan menyusun semula tindakan yang tidak piawai dalam sektor tersebut, meningkatkan pembangunan infrastruktur destinasi, membaiki syarat perhubungan lalu lintas dan kesihatan dan menggesa kakitangan dalam sektor tersebut menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Selain itu, Kementeri Pelancongan Malaysia juga menimbangkan penubuhan pejabat di lebih banyak kawasan di China.

Semasa membincangkan cadangan dan harapan untuk mengeratkan hubungan ASEAN-China, beliau berharap agar kedua-dua pihak bukan sahaja mendorong kerjasama dalam bidang perdagangan barangan dan pelaburan, tetapi juga mendorong kerjasama dan pertukaran dalam perdagangan perkhidmatan termasuklah pelancongan supaya bersama-sama membuat suasana pelancongan yang baik antara ASEAN dan China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |