Menurut Agensi Berita Xinhua China, dalam tempoh Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN kali ini, kami boleh mendapati sekumpulan belia yang memakai pakaian yang dicetak gambar bunga raya China. Mereka merupakan sukarelawan warga asing dari pelbagai negara ASEAN yang bertanggungjawab berkhidmat kepada wakil ASEAN yang menyertai sidang kemuncak kali ini.
Dimaklumkan, kali ini terdapat 11 orang sukarelawan warga asing menyediakan perkhidmatan dalam Sidang Kemuncak Memperingati Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN, Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN. Mereka datang dari Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand dan pelbagai negara ASEAN yang lain. Perkhidmatan yang ramah, sikap yang bersungguh-sungguh serta pengetahuan mereka terhadap isi kandungan sidang kemuncak dan adat resam Guangxi telah disanjung tinggi oleh para peserta.
Disebabkan sidang kemuncak kali ini merupakan sidang antarabangsa peringkat tinggi antara China dengan ASEAN, maka syarat untuk memilih sukarelawan warga asing juga sangat ketat. Para sukarelawan warga asing juga berharap dengan peluang ini memaklumkan tanah airnya kepada sahabat China. Seiring dengan lebih banyak sidang antarabangsa diadakan di China, sukarelawan warga asing akan mendapat lebih banyak peluang untuk berkhidmat di China. Sukarelawan juga akan memainkan peranan penting dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Dimaklumkan sukarelawan kumpulan pertama untuk Sukan Olimpik Beijing akan memulakan perkhidmatan mereka pada bulan Julai tahun 2008. Pemilihan sukarelawan dari Hong Kong, Makau, Taiwan serta seberang laut akan dimulakan pada bulan March tahun 2007.
|