v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Dipercepat
2006-11-02 10:51:24 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN sedang dipercepat, ini telah mendorong integrasi ekonomi Asia Timur. Ini juga merupakan satu projek dalam kerjasama ekonomi serantau yang sedang dilaksanakan oleh China yang paling cepat dan paling berefisien.

Sejak proses pembangunan kawasan perdagangan bebas tersebut dimulakan pada 5 tahun yang lalu, perdagangan dua hala berkembang dengan baik. Kini China dan ASEAN telah saling menjadi rakan dagang keempat terbesar. Kecepatan peningkatan perdagangan dua hala lebih cepat berbanding pembangunan ekonomi kedua-dua pihak dan telah mencapai 22 % purata setahun. Para pakar dan sarjana menjangka bahawa jumlah perdagangan China-ASEAN akan mencapai 200 bilion dolar Amerika pada tahun 2008.

Setiausaha Agung ASEAN Ong Keng Yong berkata, setelah penandatanganan "Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN", pelaburan yang ditarik oleh China dan ASEAN semua telah meningkat, ini mencerminkan kerjasama berfaedah bagi kedua-dua pihak.

Disebebkan kesan baik yang dipaparkan oleh pembangunan kawasan perdagangan bebas, kedua-dua pihak penuh keyakinan terhadap masa depannya. Dalam "Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Memperingati Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN" yang ditandatangani oleh pemimpin China dan 10 negara anggota ASEAN pada 30 Oktober dinyatakan secara ketara bahawa Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan selesai dibina pada tahun 2010 menurut jadual dan menjadi kawasan perdagangan bebas ketiga terbesar di dunia. China akan mewujudkan perdagangan bebas dengan Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand dan Filipina pada tahun 2010 serta mewujudkan perdagangan bebas dengan Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam pada tahun 2015.

Pelbagai pihak juga berjanji akan secepat mungkin mencapai perjanjian agar mewujudkan perdagangan perkhidmatan bebas dan membentuk mekanisme pelaburan yang bebas, mudah, telus dan mempunyai daya saing antara China-ASEAN.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |