v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengerusi WADA Perkatakan Usaha Antiubat Perangsang Beijing
2006-11-02 13:50:54 CRI

Usaha para atlet yang ingin melampaui kemampuan diri dalam pertandingan amat mengharukan kita, akan tetapi ubat perangsang menjadikan kita meragui kebenaran rekod dunia yang dicapai dalam sesuatu pertandingan. Pengerusi Agensi Antiubat Perangsang Dunia (WADA) Encik Dick Pond telah melawat ke Beijing baru-baru ini dan memperkatakan perihal usaha Beijing dalam bidang antiubat perangsang.

Atas undangan Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing, Pengerusi WADA Encik Dick Pond datang ke Beijing dan mendengar laporan daripada pihak China dalam usaha antiubat perangsang. Selain itu, beliau juga turut melawat Makmal Antiubat Perangsang China. Beliau berpuas hati terhadap usaha dan kemajuan China dalam biang antiubat perangsang. Beliau berkata: "Saya berpendapat bahawa China telah mencapai kemajuan besar setelah mula melaksanakan usaha antiubat perangsang. Akan tetapi sebagai sebuah negara besar China harus terus berusaha dalam bidang tersebut. Saya berasa gembira apabila mendapati pelbagai usaha antiubat perangsang sedang berjalan lancar di China."

Encik Dick Pond, 64 merupakan warganegara Kanada. Beliau pernah menyertai Sukan Olimpik yang diadakan di Roma pada tahun 1960 dan menduduki tangga keenam dalam acara 100 meter renang bebas lelaki dan tangga keempat acara renang rampaian berganti-ganti. Selepas bersara dalam arena sukan, beliau menjawat jawatan dalam Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa. Pada tahun 2000, tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa telah tamat. Semenjak itu beliau menaruh perhatian dalam bidang antiubat perangsang dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Agensi Antiubat Perangsang yang ditubuhkan oleh beliau sendiri. Encik Dick Pond berpendapat bahawa tujuan kewujudan agensi antiubat perangsang adalah untuk meningkatkan kepercayaan kepada kalangan atlet yang tidak mengambil ubat perangsang. Beliau berkata: "Masalah ubat perangsang selalu wujud. Ada pihak berpendapat bahawa sebarang peraturan tidak dapat menyekat dia dan dia tidak menunaikan janjia terhadap atlet yang menyertai acara sukan. 99.9% atlet dan jurulatih serta anggota keluarga mereka menyokong larangN pengambilan ubat perangsang. Tindakan yang telah kami lakukan iaitu menangkap 0.1% penipu dan bersimpati kepada atlet yang tidak bersalah."

Masalah ubat perangsang tidak dapat diselesaikan serta-merta. Encik Dick Pond berpendapat bahawa peningkatan pendidikan kepada remaja merupakan satu-satunya saluran penyelesaian masalah tersebut. Beliau berkata: "Dalam jangka masa yang panjang, pendidikan merupakan saluran penyelesaian kepada masalah tersebut. Semata-mata bergantung kepada penangkapan pihak yang menipu tidak dapat memuaskan hati orang ramai, perkara yang lebih penting adalah dengan mewujudkan suasana yang menjadikan orang ramai menyedari bahawa pengambilan ubat perangsang adalah salah dan berbahaya. Saya berharap agar para atlet muda dapat memahami bahawa mereka tidak melakukan penipuan bukan sebab takut ditangkap, sebaliknya penipuan sendiri adalah salah."

Dalam beberapa Sukan Olimpik Musim Panas yang lalu, walaupun Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa dan Agensi Antiubat Perangsang kerap kali menegaskan antiubat perangsang, akan tetapi masih wujud beberapa masalah ubat perangsang. Sebagai persediaan bagi enghadapi Sukan Olimpik Beijing 2008 yang akan datang, pelaksanaan pemeriksaan yang saintifik dan canggih serta hukuman yang berat akan menjamin Sukan Olimpik 2008 bebas daripada gejala ubat perangsang dan ini merupakan tujuan utama pihak penganjur Beijing. Encik Dick Pond berpendapat bahawa pendirian dan kaedah berkesan dalam bidang antiubat perangsang di China dapat menjamin usaha antiubat perangsang dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 dapat dijayakan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |