v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usahawan China-ASEAN Menanti-nantikan Mendapat Lebih Banyak Sokongan dalam Bidang Perdagangan Perkhidmatan
2006-11-03 11:01:03 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, semasa diwawancara oleh wartawan China, beberapa usahawan yang sedang menyertai Ekspo China-ASEAN Ke-3 menyatakan bahawa mereka menanti-nantikan kerjasama China-ASEAN dalam bidang perdagangan perkhidmatan dapat mendapat lebih banyak sokongan dalam aspek dasar, mekanisme dan lain-lain.

Seorang wakil urusan seberang laut agensi pelancongan Guangxi menyatakan bahawa pelancong ke Singapura, Malaysia dan Thailand kian hari kian ramai. Myanmar, Laos dan Kemboja juga telah menarik perhatian lebih banyak pelancong China. Jika kerjasama China-ASEAN dalam bidang pelancongan dapat mendapat dasar sokongan yang konkrit seperti perdagangan komoditi, maka perkembangannya akan menjadi lebih cepat. Pada bebeapa tahun kebelakangan ini, perdagangan perkhidmatan China-ASEAN berkembang dengan cepat, antaranya termasuklah sektor pelancongan. Seorang wakil agensi pelancongan Thailand berharap China-ASEAN dapat membentuk lingkaran pelancongan tanpa sempadan seperti Kesatuan Eropah agar menarik pelancong dari seluruh dunia.

Hubungan perdagangan dan pelaburan China-ASEAN juga mengeratkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang perkhidmatan, antaranya termasuklah sektor kewangan, pengedaran barangan, pameran dan lain-lain. Ini telah menarik perhatian daripada beberapa syarikat besar di seluruh dunia. Presiden Kumpulan TNT Belanda di Kawasan China menyatakan bahawa Kumpulan TNT berharap menjalinkan jaringan pengangkutan daratan Asia yang menyambungkan China, Singapura, Malaysia, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan "Koridor Ekonomi Nanning-Singapura" agar mengongsi faedah dalam bidang pengedaran barangan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Naib Pengurus Besar Sayrikat Pengangkutan Chaoda Guangxi BerhadGan Dongxia juga berkata, peningkatan perdagangan komoditi yang cepat pasti akan mendorong perkembangan industri pengedaran barangan, jika dapat mendapat sokongan daripada dasar China-ASEAM, maka perkembangannya akan menjadi lebih cepat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |