v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Saya Menjawat Jawatan Jurulatih di Afrika
2006-11-09 15:56:26 CRI

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penjalinan hubungan diplomatik China-Afrika. Dalam tempoh separuh abad yang lalu, China dan Afrika telah melaksanakan kerajasama yang meluas dalam bidang ekonomi, pendidikan, perubatan, sukan dan lain-lain. Antaranya, pertukaran dalam bidang sukan antara kedua-dua pihak telah mendorong perkembangan industri kesukanan masing-masing dan juga turut meningkatkan persahabatan antara satu sama lain. Dalam proses pertukaran kesukanan tersebut, China menghantar jurulatih dalam acara yang hebat ke Afrika yang merupakan salah satu cara kerjasama tersebut. Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, ramai jurulatih China dihantar ke Afrika dan menaruh perhatian bagi meningkatkan prestasi sukan tempatan di Afrika.

Warga China Wu Haojin yang berumur 69 tahun merupakan seorang jurulatih acara gimnastik. Dalam tempoh kariernya sebagai jurulatihnya, dua tahun dari tahun 1982 hingga 1984 telah meninggalkan kesan yang mendalam bagi beliau. Ini kerana beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Gimnastik Wanita negara Maghribi pada masa itu. Semasa mengenang kembali pengalaman tersebut, beliau berkata: "Pada mulanya, saya menjawat jawatan sebagai jurulatih pasukan pertama yang terdiri daripada lapan hingga sepuluh orang atlet dan jumlah itu meningkat selepas itu. Oleh itu, saya melatih belasan orang. Sudah tentu, prestasi atlet Maghribi tidak boleh dibandingkan dengan atlet negara hebat dalam acara ginmastik yang lain. Akan tetapi mereka mampu menyertai pertandingan dan buat pertama kali membuat persembahan semasa menghadapi pasukan hebat dalam pertandingan. Oleh itu, Persatuan Gimnastik Maghribi amat berpuas hati terhadap kejayaan tersebut."

Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, China meningkatkan pertukaran kesukanan dengan negara-negara Afrika melalui saluran pertukaran lawatan, mengadakan kuliah dan kempen latihan, menghantar jurulatih dan lain-lain. Kini, pertukaran dan kerjasama tersebut semakin meningkat. Sejak tahun 2000, China telah menghantar seramai 38 jurulatih dalam 13 acara kepada Mesir, Ethiopia, Namibia dan lain-lain.

Selain acara dalam Sukan Olimpik, China juga turut menghantar jurulatih dalam acara sukan tradisional China termasuklah acara Kung fu pergi ke Afrika. Oleh itu, jurulatih tersebut bertanggungjawab memperkenalkan kebudayaan sukan tradisional China kepada rakyat Afrika. Pada tahun 1997 hingga tahun 2001, bekas jurulatih Kung fu di Universiti Sukan Beijing Encik Lu Jianmin pergi ke Mesir dan menjawat jawatan sebagai jurulatih pasukan Kung fu negara Mesir. Beliau menyumbangkan tempoh emas kerjayanya sebagai jurulatih Kung fu kepada Mesir. Beliau berkata: "Pada masa itu, saya sebagai satu-satunya jurulatih di dalam pasukan Kung fu negara Mesir. Saya memberi perkhidmatan selama empat tahun di sana. Dalam tempoh itu, saya mengetuai delegasi Mesir menyertai Kejohanan Kung fu Dunia ke-4 dan ke-5. Dalam Kejohanan Kung fu Dunia ke-4 yang diadakan di Hong Kong China, persembahan pasukan Mesir amat baik. Mereka meraih satu pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa dalam acara shanshou. Saya berpendapat bahawa pembangunan acara Kung fu di Mesir dibangkitkan oleh jurulatih warga China."

Dalam tempoh sebagai jurulatih di Afrika, jurulatih warga China terpaksa mengatasi banyak kesukaran seperti halangan bahasa, alam sekitar, kemudahan latihan yang mundur dan lain-lain. Akan tetapi, jurulatih warga China mampu mempupuk persahabatan dengan atlet Afrika. Encik Lu Jianmin berkata: "Saya amat mengenali pemain dalam pasukan saya. Pada masa lapang, kami membuat banyak pertukaran. Surat khabar Mesir pernah menerbitkan rencana yang berbunyi 'jurulatih Encik Lu mengenali pemainnya sama seperti mengenali kesan tapak tangannya sendiri. Dalam pertandingan, atlet kami memanggil 'bapa' kepada saya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |