v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Yi Jianlian, Pemain Bola Keranjang China Mungkin Anggotai NBA
2006-11-16 09:40:40 CRI

Pemain bola keranjang China Yi Jianlain memutuskan baru-baru ini bahawa beliau akan menyertai pemilihan calon atlet NBA tahun depan. Beliau bekemungkinan besar menjadi pemain bola keranjang China yang keempat menganggotai NBA selepas Wang Zhizhi, Bater dan Yao Ming.

Yi Jianlian yang berumur 19 tahun merupakan pemain yang terkenal dalam acara bola keranjang dunia. Yi Jianlian setinggi 2.11 meter bermain sebagai pemain hadapan pernah mendapat perhatian arena bola keranjang dunia kerana persembahannya yang bagus semasa beliau berumur 13 tahun. Walaupu umurnya belum mencapai 20 tahun, Yi Jianlain telah mewakili pasukan negara China menyertai Sukan Olimpik Athens 2004 dan Kejohanan Bola Keranjang Lelaki Dunia 2006. Persembahan Yi Jianlian dalam Sukan Olimpik Athens telah diperhatikan oleh Liga Pertandingan NBA iaitu liga pertandingan bola keranjang profesional yang bertaraf tertinggi di dunia dan mereka menggalakkan Yi Jianlian menyertai pemilihan calon atlet NBA 2006. Akan tetapi, kelab bola keranjang Hong Yuan yang dianggotai oleh Yi Jianlain pada masa itu menolak anjuran tersebut kerana dia masih di bawah umur.

Kini, kelab Hong Yuan secara rasmi menyatakan bahawa mereka bersetuju sekiranya Yi Jianlian menyertai pemilihan calon atlet NBA 2007. Kenyataan tersebut bermakna halangan bagi Yi Jianlian untuk menganggotai NBA telah dibatalkan.

Selepas mengetahui berita tersebut, Ketua Jurulatih Pasukan Bola Keranjang Lelaki Kebangsaan China, warga Lithuania Encik Jonas Kazlauskas dan pemain China yang pertama menganggotai NBA iaitu Wang Zhizhi masing-masing telah menyampaikan harapan mereka. Jonas Kazlauskas berkata: "Saya berharap semoga semua perkara berjalan lancar. Saya berpendapat bahawa setiap pemain harus mempunyai matlamat dalam jangka masa panjang dan berusaha untuk mencapainya. Tambah pula, matlamat tersebut dapat mendorong pemain meningkatkan usaha dalam latihan pada hari-hari biasa. Oleh itu, pada berpendapat saya sekiranya seorang pemain muda berhasrat untuk menyertai pemilihan calon NBA dalam dua hingga tiga tahun akan datang, ini amat berfaedah bagi masa depannya."

Pemain China Wang Zhizhi berkata: "Menganggotai NBA berfaedah bagi perkembangan dan kemajuan beliau. Saya berharap agar prestasinya semakin meningkat."

Kini cuma tinggal lapan bulan saja lagi menjelang pencaloan atlet NBA 2007. Sekiranya Yi Jianlian ingin meningkatkan kedudukannya dalam pemilihan calon NBA, maka beliau harus menunjukkan prestasinya dalam pertandingan, peluang yang akan datang ialah Sukan Asia Doha yang akan diadakan pada Disember nanti. Sekarang Yi Jianglian sedang mengikuti latihan di Beijing. Disebabkan Yao Ming tidak menyertai pertandingan, maka beliau dan Wang Zhizhi akan menjadi pemain utama pasukan bola keranjang China dalam Sukan Asia. Ketua Jurulatih Jonas Lazlauskas berharap Yi Jianlian memberi persembahan yang cemerlang di Doha. Beliau berkata: "Saya berasa bagi Yi Jianlian yang pertama sekali ialah kepentingan pasukan. Sekiranya pasukan mencapai kejayaan dan sumbangannya agak besar, maka kedudukannya dalam pemilihan atlet NBA tentu akan meningkat."

Pada Mac tahun 2001, Wang Zhizhi menganggotai pasukan Dallas Mavericks dan menjadi pemain warga China pertama berjaya menganggotai NBA. Pada awal tahun 2002, Bater menganggotai pasukan Denver Nuggets dan selanjutnya Yao Ming menganggotai pasukan Houston Reckets. Sama ada Yi Jianlian berjaya menganggotai NBA dalam musim pertandingan akan datang atau tidak, marilah kita nantikan persembahannya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |