v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tenis Piala Master Majukan Kesukanan Tenis dalam Kalangan Remaja China
2006-11-23 16:10:38 CRI

Pertandingan Tenis Piala Master (ATP) sedang diadakan di Shanghai, China. Pertandingan tenis profesional peringkat tertinggi yang mula diadakan sejak tahun 2005 akan diadakan di China dalam tempoh 4 tahun secara berturutan. Tenis Piala Master yang berpengaruh besar itu dianggap akan memainkan peranan dalam meningkatkan keminatan terhadap sukan tenis dalam kalangan remaja China.

Pertandingan Tenis Piala Master (ATP) 2006 telah diadakan di Shanghai pada 12 hingga 19 November nanti. Pertandingan itu pernah diadakan dengan jayanya di Shanghai pada tahun 2002. Justeru dengan itu, pihak berkenaan ATP telah memutuskan supaya pertandingan itu diadakan di Shanghai sejak tahun 2005 hingga 2008. Pertandingan Tenis Piala Master itu bukan sahaja menarik ramai penonton, tetapi juga telah mendorong perkembangan sukan tenis dalam kalangan masyarakat China.

Kelab Tenis Bashishuangqian telah ditubuhkan di Shanghai pada tahun 2000 bagi memupuk pemain tenis muda. Penolong Ketua Pengurus kelab itu, Cik Yuan Zhuwen memaklumkan bahawa dalam tempoh 6 tahun yang lalu, mereka berusaha untuk memilih pemain tenis yang berusia dari 12 hingga 18 tahun dalam lingkungan seluruh negara. Penganjuran pertandingan Tenis Piala Master telah memudahkan kelab mereka bagi menjemput jurulatih yang terkenal dari luar negara dan menghantar pemain tempatan ke seberang laut untuk mengikuti kursus latihan ataupun menyertai pertandingan.

Cik Yuan Zhuwen mendedahkan bahawa Michael Baroch, iaitu jurulatih kepada pemain tenis terkenal, Maria Sharapova telah menjalinkan hubungan kerjasama yang amat baik dengan kelab tersebut. Beliau berkata: "Kami mempunyai sebuah pangkalan latihan di Melbourne, Australia. Pihak kami telah menjemput Michael Baroch untuk memberikan kursus latihan di sana. Selain itu, jurulatih yang terkenal dari Australia dan Sepanyol juga mengadakan hubungan yang rapat dengan kami, antaranya termasuklah jurulatih kepada pemain tenis lelaki yang terunggul dari Sepanyol, Tommy Robredo."

Penganjuran pertandingan Tenis Piala Master sejak tahun 2005 telah menyediakan peluang kepada golongan remaja Shanghai untuk mengenali secara lebih dekat pemain tenis yang terkenal dari seluruh dunia. Di samping itu, pelbagai kelab tenis di Shanghai juga berpeluang untuk menjemput pemain-pemain tersebut bagi memperkenalkan konsep yang maju dalam sukan tenis. Dalam tempoh pertandingan Tenis Piala Master kali ini, Ricardo Piatti, iaitu jurulatih kepada pemain terunggul dari Croatia telah menyampaikan kursus teknikal kepada pemain remaja China di Pusat Tenis Qizhong Shanghai. Pemain daripada pasukan tenis remaja China yang telah mengikuti kursus itu berkata: "Beliau mengajar kami cara untuk bergerak di gelanggang dan mengubahsuai langkah sebelum memukul bola. Kursus itu amat berguna kepada saya."

Suasana baik yang disediakan oleh penganjur pertandingan Tenis Piala Master telah membolehkan sejumlah besar pemain remaja memperlihatkan kepandaian mereka dalam sukan tenis. Dimaklumkan bahawa terdapat seramai 4 pemain dari Kelab Tenis Bashishuangqian telah memasuki Pasukan Remaja Kebangsaan. Jurulatih Ricardo Piatti yang pernah memberikan kursus panduan di kelab itu berkata: "Pemain tenis remaja di China setanding dengan pemain muda di pelbagai negara lain dalam memiliki kehebatan. Mereka akan menjadi semakin matang sekiranya terus mengumpulkan pengalaman pada masa depan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |