v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing sedang Mempopularkan Pengetahuan Sukan Olimpik dalam Sekolah
2006-11-17 15:53:02 CRI

Sukan Olimpik akan diadakan di Beijing pada tahun 2008. Ini menyediakan peluang bagi Beijing untuk mempopularkan pengetahuan tentang sukan Olimpik. Memperkenalkan pengetahuan tentang sukan Olimpik dan semangat Olimpik, mengembangkan aktiviti sukan di sekolah merupakan salah satu tugas dalam kerja persiapan sukan Olimpik 2008 dan paralimpik. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah berusaha untuk mengamalkan tugas tersebut.

Pada penghujung tahun lalu, 20 buah sekolah menengah dan rendah di Beijing telah dianugerahkan sebagai "Sekolah Teladan Pendidikan Sukan Olimpik Beijing 2008" kumpulan pertama. Antaranya, terdapat Sekolah Menengah Ke-9 Beijing, Sekolah Rendah Yangfangdian Beijing dan Sekolah Lecheng Antarabangsa Beijing. Sekolah-sekolah tersebut memaklumkan wartawan kami baru-baru ini, mereka sedang mengadakan aktiviti pendidikan dalam pelbagai bentuk untuk menyemarakkan semangat dan konsep sukan Olimpik di kalangan pelajar di sekolah-sekolah tersebut.

Kalau berdiri di depan pintu gerbang Sekolah Menengah Ke-9 Beijing, kami dapat melihat loceng kiraan detik hari penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, gambar tentang sukan Olimpik dipamerkan dalam sekolah dan ruangan khas tentang pengetahuan sukan Olimpik juga dibuka di laman web sekolah itu. Sekolah itu memberikan syarahan tentang pengetahuan sukan Olimpik selama 2 jam setiap bulan. Selain itu, sekolah itu juga memperkenalkan pengetahuan tentang sukan Olimpik menerusi pelbagai mata pelajaran. Misalnya, guru-guru akan mengajar pengetahuan tentang sukan Olimpik dalam kuliah sukan, bahasa Inggeris dan memberi bimbingan kepada para pelajar, mereka karya tentang sukan Olimpik dalam kuliah seni lukis.

Sejak tahun 2002, Sekolah Rendah Pusat Yangfangdian Beijing telah menganjurkan 4 kali mini sukan Olimpik di sekolah itu. Keistimewaan mini sukan Olimpik tahun ini adalah mereka upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing. Sekolah itu mempunyai sebanyak 41 kelas, setiap kelas mewakili sebuah negara atau kawasan. Murid-murid melakukan persiapan tentang tarian dan pakaian tradisional pelbagai negara dan kawasan untuk upacara perasmian mini sukan Olimpik tahun ini.

"Koridor Panjang Sukan Olimpik" di sebelah selatan kampus merupakan kawasan penting untuk memperkenalkan pengetahuan tentang sukan Olimpik di Sekolah Rendah Yangfangdian. Xu Xiaoyan, seorang guru dari sekolah itu memaklumkan, papan pameran di koridor itu akan diganti pada waktu yang ditetapkan. 108 keping papan telah digunakan semasa kerajaan bandar Beijing memohon untuk menganjurkan sukan Olimpik. Pada setiap hari, ada sebuah kelas akan menggunakan waktu lapang pada tengah hari untuk belajar tentang pengetahuan sukan Olimpik di sini.

Sekolah Lecheng Antarabangsa Beijing telah berjaya menyampaikan pengetahuan tentang sukan Olimpik kepada penuntutnya. Sekolah itu digelar sebagai sekolah teladan pempopularan pengetahuan tentang Olimpik oleh Jawatankuasa Penganjur Olimpik Beijing. Ketua Sekolah Lecheng Antarabangsa Beijing, Encik Julian Williams berkata, "Sukan Olimpik akan memberikan kenangan yang mendalam kepada kanak-kanak di Beijing. Kami berusaha menggabungkan cita-cita luhur Olimpik dengan kuri kulum kami."

Bagaimana menyampaikan pendidikan secara berkesan tentang sukan Olimpik di sekolah rendah dan sekolah menengah? Encik Julian Williams berpendapat bahawa, "Kami telah menggabungkan pengetahuan dan cita-cita luhur sukan Olimpik dengan pelbagai kuri kulum termasuk matematik, geologi, biologi, perubatan, ekonomi dan lain-lain."

Selain ketiga-tiga sekolah tersebut, di Beijing juga ada banyak sekolah menengah dan rendah secara aktif melakukan pelbagai aktiviti untuk memperkenalkan pengetahuan tentang sukan Olimpik dan menyambut Sukan Olimpik Beijing 2008.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |