v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Guangzhou Berjaya Mendapat Hak Penganjuran Sukan Para Asia 2010
2006-11-29 15:50:28 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, dalam Sidang Pleno Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) yang diadakan semalam, Guangzhou berjaya mendapat hak penganjuran Sukan Para Asia 2010, iaitu nama baru Sukan Orang Kurang Upaya Timur Jauh dan Pasifik Selatan (FESPIC).

Persekutuan FESPIC dan Majlis Sukan Paralimpik Asia telah digabungkan menjadi untuk menjadi Jawatankuasa Paralimpik Asia. Presiden APC yang baru, Datuk Zainal Abu Zarin dari Malaysia telah mengumumkan pada pukul tiga petang semalam bahawa Guangzhou bakal menjadi tuan rumah Sukan Para Asia 2010 dengan undi majoriti.

Timbalan Datuk Bandar Guangzhou, Su Zequn dalam ucapan pembentangan permohonan penganjuran telah menyatakan bahawa Guangzhou mempunyai lebih 10 ribu gelanggang sukan. Kebanyakan stadium tersebut menyediakan kemudahan yang membolehkan orang kurang upaya bergerak dan menggunakannya tanpa halangan. Guangzhou juga mempunyai sebuah stadium serba guna yang dibina untuk menyediakan tempat latihan untuk atlet orang kurang upaya. Oleh itu, APC telah mengesahkan Guangzhou sebagai tuan rumah Sukan Para Asia 2010. Untuk menjayakan temasya sukan tersebut, 44 stadium pertandingan dan 44 padang latihan akan berdasarkan standard sukan Olimpik menjelang tahun 2010 untuk memenuhi keperluan Sukan Asia dan Sukan Para Asia.

Beliau berkata bahawa Guangzhou telah dua kali berjaya menganjurkan Sukan Kebangsaan China, satu kali menganjurkan Sukan Orang Kurang Upaya China dan beberapa temasya sukan peringkat antarabangsa. Pengalaman penganjuran Sukan Paralimpik Beijing 2008 dan Sukan Asia Guangzhou 2010 akan menjamin kejayaan Sukan Para Asia 2010.

Memandangkan Sukan Asia Guangzhou dijadualkan diadakan pada 11-27 November tahun 2010, Su Zequn bercadang bahawa Sukan Para Asia diadakan pada pertengahan bulan Disember 2010. Ini bermanfaat bagi terus melakukan propaganda dan berkongsi sumber.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |