v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mahasiswa Beijing Buat Pertama Kalinya Sertai Perkhidmatan dalam Sukan Antarabangsa di Luar Negara
2006-11-30 14:14:20 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, 10 orang mahasiswa dari Universiti Tsinghua dan Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing telah mula menerima latihan di Pusat Sukarelawan Sukan Asia Doha semalam. Mereka telah menjadi kumpulan sukarelawan pertama yang berkhidmat untuk sukan peringkat antarabangsa di luar negara China.

Ketua Pengarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Jawatankuasa Beijing Liga Pemuda Komunis China, Wu Qi yang mengetuai kumpulan sukarelawan tersebut memaklumkan bahawa antara 10 orang sukarelawan tersebut terdapat 4 orang mahasiswa dari Universiti Tsinghua yang mahir berbahasa Inggris, 6 orang yang lain ialah pelajar daripada Jurusan Bahasa Arab Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing. Sebelum berlepas ke Doha, mereka telah menerima latihan dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan dan adat resam Arab, pengetahuan tentang Sukan Olimpik, teknik perkhidmatan sukarelawan dan lain-lain. Latihan tersebut dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Persatuan Sukarelawan Beijing.

Semua mahasisiwa yang dihantar ke Doha kali ini mempunyai pengalaman kerja sebagai sukarelawan. Ramai orang daripada mereka juga pernah menyertai perkhidmatan sukarelawan dalam Kejohonan Remaja Dunia Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF), Pertandingan Terbuka Tenis China dan beberapa temasya sukan yang berskala besar. Mereka juga telah mendaftarkan diri untuk menyertai perkhidmatan sukarelawan Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Dimaklumkan oleh Wu Qi, Jawatankuasa Beijing Liga Pemuda Komunis China dan Persatuan Sukarelawan Beijing memutuskan untuk menghantar sukarelawan mahasiswa ke Sukan Asia Doha pada bulan Julai tahun ini. Keputusan tersebut dialu-alukan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Doha. Mereka kemudian telah mengirim surat undangan kepada sepuluh mahasiswa tersebut memberi tugas yang penting kepada mereka untuk melayan tetamu kehormat serta berkhidmat sebagai penerjemah di Pusat Media Utama.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |