v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kontinjen China Harap Capai Kecemerlangan dalam Sukan Asia Doha
2006-11-30 13:27:48 CRI

Sukan Asia ke-15 akan diadakan di Doha, Qatar pada 1 hingga 15 Disember nanti. Sehubungan dengan itu, kontinjen China telah dibentuk baru-baru ini. Menduduki tangga teratas senarai perolehan pingat emas dalam Sukan Asia kali ketujuh dan membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 merupakan dua matlamat kontinjen China.

Sukan Asia ke-15 akan diadakan di Doha, Qatar pada 1 hingga 15 Disember nanti. Temasya sukan tersebut terdiri daripada 39 acara dan 424 acara sampingan. Seramai 12 ribu atlet dan pegawai dari 45 buah negara dan kawasan akan menghantar kontinjen untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan tersebut. Oleh itu, Sukan Asia kali ini mungkin menjadi temasya sukan yang menetapkan paling banyak acara dan menarik penyertaan paling ramai dalam sejarah.

Kontinjen China yang akan menyertai Sukan Asia Doha telah ditubuhkan di Beijing pada 17 November lalu. Kontinjen China terdiri daripada lebih 900 orang, antaranya termasuklah lebih 600 atlet. Sukan Asia Doha merupakan Sukan Asia kali kesembilan yang disertai oleh China. Sejak Sukan Asia New Delhi pada tahun 1982, kontinjen China telah menduduki tangga teratas dalam senarai perolehan pingat emas dalam Sukan Asia. Ketua kontinjen China Encik Liu Peng menyatakan bahawa berusaha mengekalkan kedudukan tersebut merupakan matlamat kontinjen China dalam Sukan Asia Doha.

Di samping berusaha mencapai kejayaan dalam temasya sukan tersebut, para peserta juga berperanan sebagai "utusan persahabatan" bagi menaikkan imej warga China dan imej Beijing yang baik. Naib Ketua Kontinjen China Encik Duan Shijie menyatakan bahawa: "Penyertaan kontinjen China yang merupakan tuan rumah bagi Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Asia 2010 dalam temasya sukan tersebut tentu akan menjadi perhatian umum. Atlet, jurulatih dan pegawai kami bukan sahaja harus berusaha mencapai kejayaan dalam pertandingan, tetapi juga harus menghormati pesaing, pengadil, penonton, adat resam dan agama penduduk tempatan."

Berdasarkan maklumat pegawai kontinjen China, kebanyakan anggota kontinjen China tersebut adalah pemain muda. Naib Ketua kontinjen China Duan Shijie menjelaskan bahawa beberapa atlet terkenal tidak menyertai Sukan Asia kali ini bertujuan untuk membolehkan mereka berehat dan melatih pemain muda China. Beliau berkata: "Kebanyakan pasukan kami telah menyertai kejohanan dunia, pertandingan piala dunia, pertandingan untuk melayakkan diri dalam Sukan Olimpik 2008 dan pertandingan peringkat antarabangsa yang lain serta tempoh penganjuran Sukan Asia pada musim sejuk secara berturut-turut, oleh itu kebanyakan pemain sedang berada dalam fasa penyusunan. Ini menyebabkan kami terpaksa menghantar beberapa pemain muda dalam beberapa acara sukan Olimpik. Kami mempertimbangkan dua perkara iaitu melatih pemain muda bagi menyertai Sukan Olimpik 2008 dan menggalakkan beberapa atlet unggul yang telah menyertai banyak pertandingan pada tahun ini menyusun fizikal mereka."

Sukan Asia berbeza dengan Sukan Olimpik. Dalam Sukan Asia ditetapkan beberapa acara yang tidak terdapat dalam Sukan Olimpik tetapi sangat popular di Asia. China juga turut membuat persiapan bagi menyertai acara tersebut. Naib Ketua Kontijen China Duan Shijie menyatakan bahawa: "Terdapat banyak acara yang tiada dalam Olimpik ditetapkan dalam Sukan Asia Doha. Kami mengamalkan prinsip bergiat mencapai kejayaan dalam acara tersebut dan meningkatkan perkongsian dan pertukaran dengan pemain Asia."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |