v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Satu Acara Sukan yang Istimewa dalam Pertandingan Sukan Asia Doha iaitu Kabaddi
2006-12-07 13:51:16 CRI

Pada petang 3 Disember lalu, pusat sukan Espir penuh dengan para penonton. Pada waktu itu pertandingan Kabaddi antara pasukan India dengan Jepun sedang diadakan seiring dengan alunan muzik Asia Selatan dan paluan gendang Setiap pasukan terdiri daripada tujuh pemain. Para pemain berdiri di separuh gelanggang sendiri. Terlebih dahulu, seorang pemain akan bergerak ke garian tengah untuk menyerang. Semasa pihak pertahanan mengalahkan pihak penyerang, para penonton memberikan sorakan dan tepukan gemuruh. Sukar untuk dibayangkan bahawa itu ialah pertandingan rasmi dalam Sukan Asia. Kesemua penonton berada dalam suasana riang. Ramai penonton datang bersama keluarga ke pusat sukan tersebut untuk menikmati pertandingan, antaranya termasuklah Puan Dinbie Lanni dan keluarganya. Beliau berkata: "Kami semua suka akan acara Kabaddi kerana kami warga India. Acara Kabaddi merupakan acara sukan kebangsaan kami. Saya berharap agar anak saya mengenali kebudayaan tanah air dengan menonton pertandingan Kabaddi. Kami berasa bangga atas kemenangan pasukan India."

Kabaddi merupakan acara sukan yang diminati ramai di negara-negara Asia Selatan. Pada mulanya, Kabaddi merupakan pertandingan tradisional India. Kabaddi dipopularkan di Pakistan, Sri Lanka, Nepal, Myanmar dan lain-lain. Acara tersebut tidak memerlukan sebarang kemudahan dan amat sesuai bagi orang ramai. Jurulatih Pasukan Kabaddi Pakistan Encik Saqib memberitahu wartawan bahawa: "Kabaddi amat popular di Pakistan, India dan Bangladesh dan merupakan acara sukan kebangsaan. Kita dapat melihat orang ramai bermain Kabaddi tidak kira sama ada di desa atau di bandar. Kabaddi tidak memerlukan kawasan yang luas dan kemudahan yang lain. Pada masa dahulu, Kabaddi diadakan di luar tetapi sekarang untuk memenuhi keperluan pertandingan, acara tersebut diadakan di dalam stadium."

Walaupun acara Kabaddi nampaknya mudah sahaja, tetapi terdapat peraturan yang tertentu. Doktor pasukan Kabaddi India G.C. Bharteinder menjelaskan kepada wartawan bahawa: "Dalam pertandingan, setiap pasukan terdiri daripada tujuh orang, para peserta melaungkan 'Kabaddi-Kabaddi'. Mereka akan menyerang ke kawasan lawan dan sedapat mungkin menyentuh pemain pihak lawan. Mata akan diberikan sekiranya mereka tidak dapat ditangkap pihak lawan. Setiap pertandingan berlangsung selama 40 minit dan terdiri daripada dua separuh masa pertandingan."

Pertandingan Kabaddi mula diadakan pada tahun 1930-an. Jawatankuasa Sukan Olimpik India telah menetapkan peraturan pertandingan Kabaddi pada tahun 1944. Persatuan Kabaddi Asia ditubuhkan bersama oleh India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Nepal pada tahun 1972. Kejohanan Kabaddi atau pertandingan persahabatan Kabaddi diadakan di kawasan Asia Selatan setiap tahun. Kabaddi mula ditetapkan sebagai acara persembahan dalam Sukan Asia ke-9 yang diadakan di New Delhi, India pada tahun 1982. Dalam Sukan Asia ke-11 yang diadakan di Beijing, China pada tahun 1990, Kabaddi ditetapkan sebagai acara pertandingan rasmi. India mula menganjurkan Pertandingan Kabaddi Piala Dunai Pertama pada tahun 2004. Kini, acara Kabaddi telah menjadi acara sukan yang diminati ramai di Jepun, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Republik Korea dan lain-lain.

Berdasarkan pegawai Persatuan Kabaddi Britain, Pertandingan Kabaddi Piala Dunia akan diadakan di Mumbai pada tahun depan, serentak dengan itu 18 pasukan akan menyertai pertandingan tersebut. Manakala dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, Kabaddi akan menjadi acara persembahan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |