v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Asia Datangkan Perubahan kepada Kehidupan Rakyat Doha
2006-12-14 10:37:11 CRI

Penganjuran Sukan Asia ke-15 merupakan perkara yang penting bagi Qatar yang hanya mempunyai lebih kurang 800 ribu penduduk. Ini bukan kerana Sukan Asia pertama kalinya diadakan di negara Arab, akan tetapi perkara yang lebih penting ialah Qatar berharap agar dapat memperkenalkan negara tersebut kepada luar melalui penganjuran Sukan Asia dan menyediakan peluang bagi menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2016. Sejak Qatar berjaya memohon penganjuran Sukan Asia, kerajaan Qatar itu telah membuat pelbagai persiapan. Dalam tempoh lima tahun lalu, Doha mengalami perubahan yang besar dalam pelbagai bidang.

Qatar terletak di Semenanjung Qatar, kawasan barat daya Teluk Parsi. Doha, ibu negara Qatar merupakan pelabuhan terkenal di Teluk Parsi. Pada masa dahulu, Doha merupakan sebuah pekan kecil yang bergantung kepada hasil tangkapan ikan. Seiring dengan perkembangan industri minyak, Doha menjadi sebuah bandar moden.

Selepas Doha berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Asia, bandar itu telah mengalami banyak perubahan. Hassan al-Ali merupakan seorang penduduk Doha. Walaupun beliau melanjutkan pengajian di A.S. pada beberapa tahun lalu, akan tetapi beliau tetap kembali ke negaranya tiga bulan sekali. Beliau memberitahu wartawan bahawa Doha?meninggalkan kesan yang tidak sama bagi beliau semasa kepulangannya ke rumah. Beliau berkata: "Saya dapat melihat perubahan Doha setiap kali semasa saya kembali ke negara ini. Contohnya semasa saya kembali pada masa lalu, buat pertama kalinya saya dapati jejambat, terowong, jalan raya dan lapangan terbang telah disempurnakan. Kerajaan memperuntukkan kewangan yang besar dalam bidang pembinaan infrastruktur dan menjadikan Doha sebagai sebuah bandar moden."

Beliau turut memberitahu wartawan bahawa Sukan Asia juga turut melahirkan pengaruh bagi kehidupan rakyat Doha. Kini, perkara pertama yang dilakukan sekembalinya ke rumah ialah menonton TV untuk menyaksikan pertandingan Sukan Asia. Beliau berkata: "Sukan Asia melahirkan pengaruh kepada setiap penduduk Doha. Sekarang orang ramai tidak hanya pergi ke kompleks membeli-belah dan pawagam pada waktu lapang. Orang muda berminat pergi ke stadium untuk beriadah dengan rakan sebaya."

Penganjuran Sukan Asia bukan sahaja membanggakan para penduduk Doha, tetapi juga mendatangkan keuntungan perniagaan kepada mereka. Semua bilik hotel di Doha habis ditempah. Ahmad Shwkr yang bekerja di sebuah hotel tempatan memberitahu wartawan bahawa perniagaan mereka amat baik pada masa ini. Beliau berkata: "Penganjuran Sukan Asia merupakan perkara yang membanggakan negara kami dan juga turut mendatangkan peluang perniagaan kepada Doha. Dalam tempoh penganjuran Sukan Asia, keuntungan perniagaan hotel kami amat baik dan merupakan dua kali ganda daripada masa biasa."

Sukan Asia meningkatkan keantarabangsaan Doha, akan tetapi kebanyakan warga Doha tidak dapat memenuhi penganjuran "Sukan Asia yang Paling Bagus" dengan jayanya, mereka berharap penganjuran tersebut menjadi peluang latihan. Berikutnya, mereka bergiat untuk mohon penganjuran Sukan Olimpik 2016. Naib Perdana Menteri yang juga Naib Pengerusi Jawatankausa Penganjur Sukan Asia Doha, Abdullah bin Hamad al-Attiya semasa diwawancara oleh wartawan tempatan menyatakan Sukan Asia Doha menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa Qatar bukan sahaja mampu menjayakan Sukan Asia, tetapi juga berkemampuan menganjurkan Sukan Olimpik. Qatar telah mengeluarkan mohonan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 2016.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |