v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Program Pendidikan Olimpik 'Perkongsian Hati ke hati' Mula Dilaksanakan.
2006-12-21 14:07:12 CRI

Sempena kira detik 600 hari menjelang Sukan Olimpik Beijing 2008, kempen pendidikan Olimpik 'Perkongsian Hati ke hati" mula dilaksanakan pada 17 Disember lalu.

Naib Menteri Pendidikan China Puan Chen Xiaoya menjelaskan bahawa: Untuk menyambut kedatangan Sukan Olimpik Beijing 2008 dan meningkatkan kesedaran remaja China dan remaja di seluruh dunia mengenai konsep Olimpik 'perpaduan, persahabatan dan kedamaian', maka Kementerian Pendidikan China dan Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing secara bersama-sama telah merancang kempen pendidikan Olimpik tersebut. berdasarkan cadangan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa dan pengalaman penganjuran Sukan Olimpik pada masa lalu."

Puan Chen memaklumkan bahawa kanak-kanak Beijing menamakan kempen tersebut sebagai 'perkongsian hati ke hati' yang bercirikan tradisional China. Cogan kata itu bermaksud "atas semangat Olimpik remaja di seluruh dunia bersatu padu untuk mencapai impianbagi mewujudkan dunia harmoni."

Berdasarkan pendaftaran pelbagai sekolah, kini sebanyak lebih 299 buah sekolah rendah dan menengah telah dibenarkan untuk menyertai kempen 'perkongsian hati ke hati' tersebut. Antara pengisian kempen itu termasuklah lebih 200 buah sekolah tersebut akan berhubung dengan Jawatankuasa Sukan Olimpik dan Paralimpik pelbagai negara luar dan pelbagai tempat di China serta menjalinkan hubungan persahabatan dengan sesebuah sekolah di negara dan kawasan tersebut. Berdasarkan penetapan kempen tersebut, sebelum penganjuran Sukan Olimpik Beijing, sekolah persahabatan yang terlibat dalam kempen itu harus meningkatkan pengetahuan tentang bahasa, kebudayaan, sejarah, geografi, adat resam dan lain-lain antara satu sama lain. Dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing, perwakilan sekolah tersebut akan menyertai upacara sambutan kedatangan di kampung Olimpik dan menyuntik semangat kesukanan kepada kontinjen dari negara rakan mereka dalam pertandingan.

Sebagai perwakilan negara persahabatan, Kousul Kebudayaan Kedutaan Besar Britain di China Encik Michael O'Sullivan menyatakan bahawa: "Baru-baru ini, saya mengiringi Naib Perdana Menteri Britain melawat sekolah Baijiazhuang di Beijing China. Sekolah itu telah ditetapkan sebagai sekolah persahabatan Britain. Kami yakin kontinjen Britain tentu akan mendapat alu-aluan yang meriah semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008. Saya mengucapkan terima kasih atas kempen tersebut yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing dan Suruhanjaya Pendidikan Beijing. Saya yakin melalui beberapa kempen seumpana itu, Sukan Olimpik Beijing 2008 tentu akan menjadi Sukan Olimpik yang dimiliki oleh penduduk Beijing dan seluruh rakyat di dunia."

Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing Liu Qi dalam upacara perasmian kempen tersebut menyatakan bahawa kerajaan China menyanjung tinggi peranan positif pendidikan Olimpik dalam meningkatkan semangat kesukanan remaja dan mementingkan kepopularan pendidikan Olimpik dalam kalangan remaja China. Kempen 'perkongsian hati ke hati' merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai keristimewaan dalam persiapan Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing. Beliau berkata: "Kempen tersebut berfaedah bagi meningkatkan pandangan remaja China dan menjadikan mereka sebagai pembina dunia harmoni, menanfaatkan perkongsian hasil tamadun Timur dengan rakyat pelbagai negara di dunia serta menyediakan iklim Sukan Olimpik yang meriah, bersahabat dan berpuas hati bagi menjadikan Sukan Olimpik Beijing sebagai komponen warisan kebudayaan umat manusia."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |