v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Lumba Kereta Semakin Popular di China
2006-12-22 14:36:16 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, dalam sidang kerja Persatuan Sukan Lumba Kereta China (FASC) Tahun 2006 yang baru ditutup di bandar Chengdu, Provinsi Sichuan China kelmarin, Naib Pengerusi persatuan itu, Yan Jianchang menyatakan bahawa mereka akan berusaha untuk menyediakan suasana yang baik bagi mengembangkan sukan lumba kereta dengan konsep harmoni di samping terus mempopularkan sukan itu dengan konsep pembangunan secara saintifik.

Beliau menambah bahawa pembentukan badan kepemimpinan FASC melalui pemilihan merupakan satu kandungan utama dalam sidang tahunan ini. Hal ini akan membuka satu lembaran baru bagi sukan lumba kereta China.

Sebenarnya usaha sukan merupakan satu usaha kebajikan. Usaha itu juga merupakan satu aspek dalam kebudayaan sosial. Yan Jianchang berpendapat bahawa walaupun sejarah sukan lumba kereta di China tidak begitu panjang berbanding dengan negara-negara maju atau beberapa acara sukan yang mempunyai kelebihan, namun melalui perkembangan dalam beberapa tahun yang lalu, sukan itu juga mempunyai peraturan sendiri yang istimewa. Maka untuk mengembangkan sukan lumba kereta China, pihak berkenaan harus menguasai peraturan itu secara saintifik.

Beliau berkata:

"Pembaharuan acara sukan harus bergantung kepada penguasaan peraturan berkenaan. Untuk menguasai peraturan, kita harus berusaha untuk meningkatkan taraf tenaga profesional dalam bidang ini, termasuk penyelenggara, jurulatih, pengadil, pelumba kereta, media sukan lumba kereta dan lain-lain. Selain itu, kita juga harus giat menimba pengalaman cemerlang negara lain."

Beliau menyatakan bahawa:

"Terdapat banyak peraturan yang harus kita kuasai dan terdapat juga banyak pengetahuan baru yang harus kita pelajari yang termasuk cara penyelenggaraan, pengetahuan am tentang undang-undang berkenaan, pengurusan kecemasan, penyebaran media dan sebagainya. Kita harus menguasai peraturan dalam sukan lumba kereta China secara saintifik dan berusaha untuk mendorong keharmonian dalam bidang ini di samping melaksanakan konsep pembangunan secara saintifik melalui tindakan yang konkrit."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |