v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Arah Aliran Perkembangan Industri Kesukanan Orang Kurang Upaya China Adalah Baik
2006-12-28 10:59:07 CRI

Persekutuan Orang Kurang Upaya China mengumumkan pada 20 Disember lalu bahawa persiapan Sukan Orang Upaya Kebangsaan China ke-7 sedang berjalan lancar. Sukan Orang Kurang Upaya kebangsaan China tersebut merupakan temasya sukan yang berskala paling besar yang pernah diadakan di China sebelum berlangsungnya Sukan Paralimpik 2008. Naib Ketua Pengarah Jabatan Sukan Persekutuan Orang Kurang Upaya China Puan Zhao Sujing menyatakan bahawa industri kesukanan orang kurang upaya China diperhatikan dan tetap diberi perhatian oleh kerajaan China dan arah aliran perkembangannya adalah baik.

Puan Zhao Sujing menjelaskan bahawa terdapat lebih 80 juta orang kurang upaya di China. Kini, atas sokongan persatuan orang kurang upaya di pelbagai tempat di China, semakin ramai orang kurang upaya aktif menyertai aktiviti riadah. Jaringan penganjuran aktiviti kesukanan orang kurang upaya peringkat kebangsaan telah ditubuhkan. China telah berjaya mengadakan beberapa temasya Sukan Orang Kurang Upaya Kebangsaan. Beliau berkata: "Sehingga kini, China telah berjaya mengadakan Sukan Orang Kurang Upaya sebanyak enam kali dan Sukan Orang Kurang Upaya ke-7 akan diadakan di provinsi Yunan pada bulan Mei tahun depan. Jumlah acara dalam pertandingan Sukan Paralimpik telah meningkat daripada 3 kepada 20. Sukan Orang Kurang Upaya Kebangsaan China diadakan empat tahun sekali dan berkembang bersama-sama dengan industri kesukanan antarabangsa."

Di samping mengadakan aktiviti kesukanan dan pertandingan orang kurang upaya, China turut aktif menyertai aktiviti Sukan Paralimpik. Bermula pada tahun 1984, China telah menghantar kontinjen untuk menyertai Sukan Paralimpik Musim Panas sebanyak enam kali, dua Sukan Paralimpik Musim Sejuk, tujuh kali Sukan Orang Kurang Upaya Timur Jauh dan Pasifik Selatan dan beberapa pertandingan antarabangsa. Dalam Sukan Paralimpik Athens 2004, kontinjen China telah meraih 62 pingat emas, 46 pingat perak dan 32 pingat gangsa dan menduduki tangga teratas dalam kutipan pingat.

Sempena kira detik menjelang Sukan Paralimpik Beijing 2008, Puan Zhao Sujing menyatakan bahawa persiapan bagi Sukan Paralimpik Beijing tersebut telah mendorong perkembangan industri kesukanan orang kurang upaya China dan menjadikan masyarakat China lebih memberikan perhatian terhadap industri kesukaan orang kurang upaya. Beliau berkata: "Dalam bidang pembinaan stadium, sekarang beberapa bandar di China telah membina pusat latihan bagi orang kurang upaya yang tiada pada masa lalu. Kesemua pusat latihan bukan stadium yang baru, sebaliknya mereka mengubahsuasikan kemudahan tanpa halangan berdasarkan pusat latihan yang sedia ada. Ini bertujuan bagi memenuhi tuntutan orang kurang upaya supaya mereka dapat melaksanakan aktiviti riadah di kawasan yang berhampiran dekat dengan rumah."

Puan Zhao Sujing berpendapat bahawa pengubahsuaian stadium tersebut memudahkan atlet kurang upaya untuk mengikuti dan menjalani aktiviti riadah.

Walaupun China telah mencapai kemajuan dalam bidang industri kesukanan, akan tetapi China merupakan sebuah negara membangun dan industri kesukaan berkembang agak lewat di China. Oleh itu, masih terdapat beberapa tempat yang harus ditingkatkan dan disempurnakan tarafnya. Puan Zhao Sujing berkata: "Disebabkan oleh industri kesukanan China berkembang dengan agak lewat dan asasnya masih belum kukuh, maka Sukan Paralimpik Beijing 2008 telah mendatangkan cabaran besar kepada kami. Kemunduran industri kesukanan di China memberi kesan kepada pemilihan atlet yang akan menyertai Sukan Paralimpik Beijing 2008 dan perkembangan industri kesukanan orang kurang upaya secara berterusan."

Beliau yakin Sukan Paralimpik Beijing tentu akan mendorong industri kesukanan orang kurang upaya di China. Orang kurang upaya di China tentu akan menikmatik kemudakan kesukanan yang lebih baik pada masa depan dan mereka tentu akan aktif menyertai aktiviti riadah.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |