v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jingyuetan Changchun China akan Menjadi Pusat Main Ski di Asia
2007-01-04 13:35:53 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, baru-baru ini, Pesta Pelancongan Salji Changchun China dan Pesta Main Ski Antarabangsa Vasa Jingyuetan telah dirasmikan di Changchun, timur laut China. Pengerusi Persatuan Ski China yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Sukan Musim Sejuk Jabatan Pentadbiran Am Sukan China, Wang Yitao menyatakan bahawa Jingyuetan Changchun akan menjadi pusat bermain ski rentas desa di Asia pada masa akan datang.

Pada masa ini, pesta main ski Vasa hanya diadakan di 4 buah tempat di dunia, iaitu Mora Sweden, Minnesota A.S., Hokkaido Jepun dan Changchun China. Melalui aktiviti itu, Changchun semakin dikenali oleh Eropah. Pesta Ski Antarabangsa Vasa Changchun bukan saja mendorong pertumbuhan ekonomi Changchun, bahkah juga mempopularkan sukan bermain ski rentas desa di China.

Sekarang, seramai lebih 40 ribu orang mahasiswa serta pelajar sekolah menengah dan rendah di bandar Changchun telah mengambil bahagian dalam sukan bermain ski. Pada tahun lalu, Jabatan Pentadbiran Am Sukan China telah menjadikan Jingyuetan sebagai pangkalan latihan ski musim panas atlet profesional China.

Naib Datuk Bandar Changchun, Liu Shi menyatakan bahawa semenjak pesta ski Vasa diadakan di Changchun pada tahun 2003, kerajaan bandar itu telah berusaha untuk menarik pelaburan dalam dan luar negeri. Dalam pesta ski tahun ini, pihaknya telah menandatangani kontrak yang bernilai 21.7 bilion yuan RMB dengan pedagang. Ekoran kerjasama dengan syarikat seberang laut, jumlah atlet luar negara yang menyertai pertandingan acara bermain ski pesta itu semakin bertambah. Terdapat lebih 20 ribu orang atlet dan peminat dari 25 negara dan kawasan tertarik untuk mengambil bahagian dalam pesta ski Vasa Changchun kali ini.

Wang Yitao berpandangan bahawa bermain ski akan berkembang menjadi satu industri. Changchun-Vasa merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Disebabkan syarat alam di Jingyuetan Changchun amat baik dan pesta ski Vasa berjaya diadakan di sana pada setiap tahun, pada suatu hari akan datang, Jingyuetan Changchun China akan menjadi pusat bermain ski rentas desa di China bahkan Asia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |