v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bandar Changchun dan Jilin China Buat Persiapan bagi Sukan Asia Musim Sejuk
2007-01-04 11:30:17 CRI

Sukan Asia Doha baru ditutup, Sukan Asia Musim Sejuk ke-6 turut akan diadakan di bandar Changchun dan bandar Jilin, timur laut China pada bulan Januari tahun ini. Untuk menganjurkan kedua-dua temasya sukan tersebut dengan jayanya, bandar Changchun dan Jilin telah membuat persiapan yang rapi.

Sukan Asia Musim Sejuk merupakan temasya sukan musim sejuk yang berperingkat paling tinggi di Asia. Sukan Asia Musim Sejuk akan diadakan pada 28 Januari hingga 4 Februari tahun 2007. Dalam pertandingan tersebut sebanyak 369 pingat emas akan diraih, antaranya ialah acara luncu ais yang diadakan di bandar Changchun, manakala acara ski diadakan di bandar Jilin. Temasya sukan tersebut dijangka akan menarik penyertaan seramai 2000 atlet. Kini, pelbagai persiapan bagi temasya sukan tersebut telah hampir selesai. Rakyat kedua-dua bandar tersebut mengalu-alukan kedatangan delegasi dari pelbagai negara.

Stadium yang bermutu tinggi merupakan syarat asas bagi menganjurkan temasya sukan. Sejak bandar Changchun dan Jilin berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Asia Musim Sejuk pada tahun 2002, Suruhanjaya Penganjur Sukan Asia Musik Sejuk ke-6 telah menaruh perhatian dalam pembinaan stadium yang berteknologi tinggi. Contohnya, pegawai stadium hoki ais Fuao di bandar Changchun menjelaskan bahawa: "Stadium itu dipasangkan saluran sistem pemanasan daratan yang berteknologi tinggi, oleh itu, semasa sistem itu beroperasi, suhu dalaman stadium itu dapat mencapai 20 darjah celsius, manakala suhu di atas ais hanya 8 hingga 10 darjah di bawah paras beku. Para penonton dapat berasa suhu yang amat selesa semasa menikmati pertandingan dan kaum wanita boleh memakai pakaian penduk atau skirt."

Kedua-dua bandar tersebut memperuntukkan sebanyak 490 juta Yuan RMB dalam pembinaan stadium bagi temasya sukan itu. Selepas itu, kesemua stadium tersebut akan dibuka kepada para penduduk sebagai pusat riadah. Ketua Pengarah Pusat Sukan Bandar Changchun Encik Jiang Hongli menyatakan bahawa: "Selepas Sukan Asia Musim Sejuk ditutup, stadium tersebut akan terbuka kepada para penduduk untuk beriadah. Kami turut membuat rancangan yang berkenaan."

Untuk berjaya menganjurkan temasya sukan tersebut, pihak penganjur menyediakan perkhidmatan yang terperinci dalam pelbagai bidang seperti memasuki sempadan, makanan dan penginapan, rawatan dan lain-lain. Setiausaha Agung Suruhanjawa Penganjur Sukan Asia Musim Sejuk tersebut Puan An Li menyatakan bahawa: "Kami telah membuka lima saluran khas keluar masuk di bandar Beijing, Guangzhou, Shanghai, Urumchi dan Changchun untuk memudahkan keluar masuk para peserta temasya sukan itu. Orang yang telah berdaftar seperti tetamu kehormatan, pegawai, jurulatih, atlet boleh memasuki sempadan tanpa visa. Selain itu, kami telah menetapkan hotel, hospital dan pusat rawatan kecemasan untuk menyediakan perkhidmatan kepada para peserta."

Salah satu keunikan dalam Sukan Asia Musim Sejuk yang akan datang ialah penggunaan teknologi maklumat canggih. Dimaklumkan, pihak penganjur telah menimba pengalaman Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin 2006 dalam bidang teknologi penyampaian maklumat dan perkhidmatan maklumat, mengatasi jarak yang jauh antara kedua-dua bandar Changchun dan Jilin bagi menjamin penyampaian maklumat pertandingan dikeluarkan pada masa yang sama. Pihak penganjur turut buat pertama kalinya menubuhkan sistem pendaftaran internet dan menyediakan kemudahan kepada para peserta.

Puan An Li menyatakan bahawa persiapan yang meyeluruh tersebut bertujuan untuk menjayakan Sukan Asia Musim Sejuk kali ini sebagai temasya sukan pada musim sejuk yang paling berjaya dan menarik dalam sejarah sukan musim sejuk Asia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |